Header AD

Cara Dapatkan Balik Data SdCard Yang Hilang & Rosak

Cara Dapatkan Balik Data SdCard Yang Hilang/Corrupt
Cara Dapatkan Balik Data SdCard Yang Hilang/Corrupt

Panik sekejap weh bila gambar dari memory handphone vivo v3max hilang camtu je. Bukan ratus-ratus gambar. Tapi, 7000+ gambar okayh? Hilang sebab sdcard Dhia corrupt lepas keluarkan dari phone. 

Matilaa, sebab semua kerja melibatkan gambar travel merata ada dalam tu. Dah la tak buat backup bagai. Camana nak siap kerja blogging weii. 

Hah, ingat senang jadi blogger full time macam Dhia ni? Kena snap gambar angle cantik, masuk dalam komputer, nak kena edit saiz, warna, blablabla. Belum masuk lagi setting kat artikel blog. Benda teknikal yang ramai tak tau & ramai yang pandang enteng kerjaya seorang blogger. Ingat kami duk menaip sesukahati tanpa "optimize" artikel tu? haha. 

Dah duk kalut tu, tanya kat laki sendirikla:

Macamana Gambar SDCard Phone Boleh Hilang?

Rupanya kalau nak keluarkan SdCard kena unmount dulu memori kad tu (Klik setting --> Ram or storage space --> unmount SDCARD ) ataupun offkan je terus handphone tu.

Haih, manalah sisturr tahu benda teknikal ni. Taunya pakai handphone serabai semberono je guna. 


Macamana Nak Dapatkan Balik Gambar SDCard Yang Hilang?

Laki sistur kata pergi download software recuva.com dari google tu hah. Korang boleh pilih download guna piriform.com. Hasilnya nanti macam gambar kat bawah ni. Segala bagai setting cara nak ambik balik tu, korang buat deep scan pada file yang korang nak. 

Owh, lupa nak tulis. Dulu selalu dengar jugakla, orang kata kalau kita delete gambar kat phone then phone tu jual balik, gambar & video dalam tu masih boleh dimunculkan semula wei. So, kalau agak-agak ada gambar/video sensored tu pempaham je lah. Orang yang perdajal tu buat "stok" dia la tu. Haha. 

Rupanya cenggini cara diorang korek balik file yang kita dah delete.
Cara Dapatkan Balik Data SdCard Yang Hilang/Corrupt
Cara Dapatkan Balik Data SdCard Yang Hilang/Corrupt
Lega dah lepas dapat balik gambar & video corrupt kat sdcard. Lepasni memang berhati-hati keluarkan sdcard dari phone. So, korang bolehla guna cara ni jugak nanti kayh? Cuma jangan pulak niat nak perdajal orang pulak lepasni. Haha.

Cara Dapatkan Balik Data SdCard Yang Hilang & Rosak Cara Dapatkan Balik Data SdCard Yang Hilang & Rosak Reviewed by Dhia Vivadea on 11:18:00 PM Rating: 5

Sponsored ads