Header AD

Pelancaran Teknologi Cryolipolysis Buang Lemak Tanpa Pembedahan


Korang ingat lagi tak pasal Dhia pergi buat treatment slimming kat The Life Clinic haritu? Okeh, nak bagitau lepas seminggu dah nampak kesan dia. Itupun secara tak sengaja bila dok belek peha sendiri. 


Tekstur peha treatment lebih licin dan lemak berkurangan berbanding bahagian peha lain. Selulit pun kurang! Pehh. Rasa nak buat lagi je weh treatment ni sebab tak puas hati bahagian lain kat peha nampak lemakkk. Haha!


Teknologi Cryolipolisis oleh zimmer Aesthetic ni baru sahaja dilancarkan secara rasmi kat Malaysia 9 Mac lepas.

Ada dua mesin khas yang digunapakai masa treatment:

1. Z-Lipo (Cryolipolysis)
2. Z WavePro (Us Fda approved shockwave)


Mesin ni semua buatan dari teknologi Jerman. Biasa kalau nak buang lemak cepat, orang mesti tau tentang proses penyedutan lemak liposuction kan? Proses ni tak silap Dhia melalui pembedahan.

Haritu baru je terbaca paper ada perempuan kiok lepas dibius untuk proses penyedutan lemak. Dan dari dulu Dhia ada jugak terdengar proses liposuction ni merbahaya.

Tapi. Jangan salah faham pulak. Cryolipolysis ni TAK SAMA macam liposuction. Dan rawatan ni tiada kesan sampingan.

Proses rawatan Cryolypolysis Dhia ada terangkan dalam artikel Buang Lemak Secara Selamat Dengan Rawatan Cryolypolisis.
Senang kata, lepas beberapa bulan lemak akan berkurangan sebab proses rawatan memecahkan lemak2 tepu degil sangat taknak blah dari badan tu. 



Bila lemak tu dah berpecah belah, korang kena banyak bersenam keluarkan peluh & melalui pembuangan air. So, minumla air banyak2 sebab boleh bawak lemak tu keluar dari badan sekali.

Neo Asia singapore adalah pengedar sah untuk mesin rawatan Cryolipolysis keluaran Zimmer Medizin System. Produk dahpun berada di Malaysia, Brunei, Cambodia, Vietnam, China & Indonesia. Nampak sangat ramai orang moks kat Malaysia cam Dhia ni kan? Haha.
 Kat Malaysia yang ada sediakan rawatan Cryolipolisis ada 5 je:

1. Tdox Clinic 
51B, Jln ss21/37, Uptown 37, 47400 Petaling Jaya, Selangor
+60377337768

2. Esadsa House
Lot 5q, uth floor Signature office, The boulevard Mid Valley City, lingkaran syed putra, 59200 KL
+60322878569

3. Ageless medispa & clinic
257 jln maarof, bangsar park, 59000 kl
+60320950458

4. Re plastic surgery clinic
A4-UG1-03, solaris dutamas, jln dutamas 1, 50480 Kl
+60362079004

5. The life clinic
Lot 6-2A jalan batai, damansara heights, 50490 kl
+60328569292

Haritu Dhia buat rawatan kat the life clinic. Doktor yang handle masa tu, Dr Serina abdul latif. Tapi muka doktor macam cina weh..Mati2 dhia ingat chinese. Tapi bukan. Hihi. 

Dr Serina berkelulusan Bachelor of medicine & surgery (MBBS) dari st georges medical school, university of london & ada diploma Perubatan aesthetic dari american academy of aesthetic medicine. 

Semua yang uruskan rawatan ni doktor2 yang ada kemahiran. So, jangan risau. Lagipun rawatan ni so far memang tak melibatkan apa-apa pembedahan atau bius atau makan ubat kurus. Hanya perlu baring sambil main game kat phone. Haha.

A post shared by Dhia VIVADEA (@dhiavivadea) on


Sebelum tu nak bagi peringatan kat korang. Rawatan yang guna teknologi baru ni ada kesan sampingan iaitu selulit korang tetiba hilang, lemak tepu berkurang. So, dah sedia ke nak lemak tu blah dari badan?hihi

Rujukan lanjut: 

Tentang NeoAsia : neoasia.com.sg
Pelancaran Teknologi Cryolipolysis Buang Lemak Tanpa Pembedahan Pelancaran Teknologi Cryolipolysis Buang Lemak Tanpa Pembedahan Reviewed by Dhia Vivadea on 11:50:00 AM Rating: 5

Post AD