Header AD

Luka Sporo Tertutup Selepas Rawat Sebulan Lebih Kat Rumah


Fuhh, alhamdulillah, akhirnya luka sporo Mel dah tertutup!! Rawatan takdala lama. dalam sebulan tiga minggu camtu. Tapi sebelum tu korang tengok dulu rupa luka mel 13/2 haritu, kat artikel Kos Rawat Sporo Murah JerKat dalam artikel tu adalah hasil selepas genap sebulan rawatan.

Hasil selepas genap sebulan rawatan:

Luka pada 13/2/17 - Luka mengecil berbanding bulan pertama rawatan kucing Sporo



Selepas 1 minggu dari tarikh 13/2, hasil pada tarikh 19/2 macam gambar kat bawah ni.

Luka pada 19/2/17 -Semakin tertutup



So 2/3 luka Mel dah tertutup sepenuhnya macam kat gambar bawah ni:

Luka 2/3/17 -Tertutup sepenuhnya





Sebenarnya rasa dalam 1 march dah tertutup habis. Cuma bawak Mel gi vet semalam 5/3 untuk check-up. Jadi, perlu tak makan ubat sporanox & liv52 lepasni??

Ok, lepas je luka tertutup. Jangan stop bagi makan ubat. Korang kena bagi kedua ubat setiap 3 hari sekali. Jadi, lepas dua minggu datang ke vet untuk check-up semula & lepastu kucing anda hanya perlu makan ubat seminggu sekali. Yeay!

Doktor cakap kena makan ubat sampai bila-bila once kucing ada sporo. Tapi saya tak anggap sebagai ubat. Saya anggap ianya adalah supplement tambahan untuk kesihatan kucing. :-D
Buat masa ni korang tak boleh lepaskan kucing bebas lagi, tunggu sampai betul-betul baik then baru la boleh nak main ngan dia & bawak dia jalan kat luar. Yeah!!

Owh lagi satu, doktor pelik kenapa si Mel ni gemok gedempol sampai 5.5kg dah sekarang ni. Biasanya kucing sporo akan jadi kurus. Haha! Hemm, Dhia rasa sebab hasil dya kurung dia sejak hampir dua bulan yg lepas, kerja Mel ni makan, dan tido je weh. Makan pun sambil baring.












cara rawat kucing sporo, rawat kucing sporo, kucing sporo sembuh, ubat untuk kucing sporo, harga ubat kucing sporo, cara rawat kucing sporo, tanda kucing terkena sporo.


Luka Sporo Tertutup Selepas Rawat Sebulan Lebih Kat Rumah Luka Sporo Tertutup Selepas Rawat Sebulan Lebih Kat Rumah Reviewed by Dhia Vivadea on 5:00:00 PM Rating: 5

Post AD