Header AD

Filem Pak Pong Arahan Fauzi Nawawi Kelakar Dan Santai

Sis cuba

Terus terang bukan mudah untuk Dhia datang ke panggung wayang menonton filem Melayu. Tapi, harapan Dhia masa tengok filem Pak Pong bukanlah terlampau serius sangat. Dah kata filem untuk santai lepas dan ketawa kan? So, janganla korang harap nak cerita yang banyak maksud tersirat macam transformers pulak. Haha.

Filem PakPong mula ditayangkan sejak 23 Februari 2017. Dan Dhia dahpun tengok pada 22hb masa malam Gala PakPong. Jadi, apa cer dalam filem ni? Hehe (awas, mungkin akan ada tersasul2 spoiler dalam ni. haha)

Pakpong merupakan filem sulung arahan Fauzi Nawawi

Filem Pak Pong Arahan Fauzi Nawawi Kelakar Dan Santai


Masuk je Pakpong, penuh satu wayang. Dalam belasan minit pertama, filem Pakpong berjaya buat Dhia ketawa. Ni semua sebab si kadek. Seorang lelaki yang rasa rendah diri dengan kekurangan pada diri hinggakan terniat untuk mengamalkan ilmu hitam katanya.

Dhia tak suka ulas bab-bab ilmu ni. Dhia lebih suka ulas tentang punchline yang dah pun berjaya buat Dhia ketawa sepanjang masa dalam wayang.

Barisan pelakon yang terlibat dalam menjayakan watak pakpong, jasmine hamid, hairul azreen, badrul,eizlan yusuf, syawal af, lisdawati, ceplos
Kadek tersasar jauh hinggakan memudaratkan ramai orang yang disayangi tanpa sedar. Setelah mengamalkan ilmu tersebut, Kadek menjadi lebih gagah & hensem plus lupa diri. Apapun, watak kadek merupakan penyeri utama dalam filem PakPong.

Macam-macam gelagat Kadek buat kami ketawa satu panggung wayang. Fauzi Nawawi pula membawa watak setelah Kadek bertukar menjadi hensem dan gagah. Satu yang saya kagum melihat lakonan beliau. Cara beliau bertarung lain maciamm sikit. Nampak padu dan mantap.

Wuuu, adik dhia suka si ceplos ni hah.. Nah, peluang dhia jumpa dengan Ceplos ni. haha

Manakala Ceplos pulak, cam biasalah. Bawak watak hantu dampingan si Kadek. Ada dua hantu yang mendamping si Kadek ni. Ceplos dengan lagi sorang tak ingatla nama. 

Badrul membawa watak kadek, penyeri dalam filem pakpong
Filem Pakpong sendiri merupakan filem santai yang berkisarkan fantasi ke dunia bunian (muka ala-ala suci gitu) & dunia ada gragos (muka buruk & jahat). Kisah bagaimana Hairul Azreen tersesat hingga ke dunia bunian, kadek tersasar jauh daripada sikap yang sebenar, kisah kadek jadi manusia sempurna, etc. 

ramai tak sangka lisdawati membawa watak pelik dalam filem pakpong
Dhia bukan seorang yang serius tentang dunia bunian, hantu, etc.  Tapi, Dhia tengok filem ni secara santai dan untuk hiburan bersahaja. Orang kata kalau nak sihat, kita kena selalu happy. So, tengok wayang yang buat korang ketawa akan menyihatkan badan.

kak elie suriati pun datang untuk sokongan tau.

Jadi, sambil-sambil tu, nah Dhia belanja vlog masa malam gaya Pakpong. 

Filem Pak Pong Arahan Fauzi Nawawi Kelakar Dan Santai Filem Pak Pong Arahan Fauzi Nawawi Kelakar Dan Santai Reviewed by Dhia Vivadea on 4:54:00 PM Rating: 5

Post AD