Header AD

Rekaan Koleksi Fatimah Mohsin Memukau Di KL Wedding Showcase 2017


Thank you kak Fatimah Mohsin sebab jemput Dhia datang tengok hasil kreativiti beliau kat Fashion Show The wedding kl 2017.

Biasanya setiap kali ke majlis pertunjukan fesyen. Dhia jenis menilik kain, material, pola fesyen, etc. Then, minda akan terus automatik ligat fikir teknik untuk menghasilkan baju rekaan pereka. 

Nama pereka fesyen dari Singapore, Fatimah Mohsin tak asing lagi untuk rakyat yang duduk di Singapura. Fatimah Mohsin The Wedding Gallery dahpun  berada dalam pasaran di Singapura sejak 18 tahun yang lepas.

Jenama dan rekaan yang kiranya dah pun gah serta mempunyai kekuatan tersendiri.


Dan untuk meluaskan lagi sasaran pasaran dan jenama, pereka fesyen Fatimah Mohsin berpeluang untuk mengadakan pertunjukan fesyen koleksi rekaan beliau di The Wedding Gallery KL Mac 2017. 



Fatimah Mohsin menampilkan rekaan yang eksklusif untuk koleksi pakaian pengantin. Dan untuk makluman, setiap rekaan adalah limited untuk satu pasang sahaja. 

Tiada produksi secara pukal untuk mengekalkan nilai eksklusif pada rekaan beliau.



Dhia sendiri terpukau melihat koleksi rekaan fesyen pengantin dari Fatimah Mohsin The Wedding Gallery.

Setiap inci baju diperhatikan, teknik rekaan malah material yang digunakan Dhia akan perhati satu persatu.

Koleksi rekaan dari Fatimah Mohsin diinspirasikan daripada pereka terkenal antarabangsa kemudian diolah dengan gaya dan kreativiti beliau sendiri.  




Material Pilihan Fatimah Mohsin?

Antara material yang kerap digunakan untuk koleksi kalini, Fatimah Mohsin menggunakan kain tulle, songket, lace , etc sebagai identiti untuk koleksi di pertunjukan fesyen The Wedding KL  2017. 


Dhia memang suka kain jenis tulle & lace. Sebab bagi Dhia bila baju tu disarung pada badan, kain akan terletak dengan cantik & lace menambahkan lagi nilai eksklusif pada rekaan baju.



Belum lagu cerita bab manik. Bila sesebuah rekaan diletak manik, hasil dia. Woww! Serius memang akan memukau lebih-lebih lagi bila berjalan di bawah sinaran lampu.

Semua aspek penggunaan material & manik memainkan peranan penting kerana ia akan menjadikan pakaian yang anda pakai nampak super eksklusif & jujur cakap, mesti terasa macam ala-ala puteri raja. Hihi.


Kenapa Kain Tulle & Manik Adalah Padanan Terbaik Untuk Baju?


Kain tulle ada banyak grade. Tapi saranan Dhia guna tulle jenis lembut, bukan jenis keras. Tapi bergantung pada jenis rekaan baju masing-masing. 

Jika inginkan baju yang nampak elegant dan menonjolkan kelembutan pada diri, pakai dan cari rekaan yang menggunakan tulle jenis lembut.

Untuk kain tulle jenis lembut, padanan terbaik adalah lace & manik. Sebab berat yang ada pada lace & manik akan buatkan alunan baju nampak teratur dan cantik.




Ada beberapa lagi koleksi Fatimah Mohsin yang menggunakan material berbeza. Dan rasanya biar gambar berbicara untuk menunjukkan hasil kreativiti eksklusif daripada Fatimah Mohsin itu sendiri.

Dan Dhia hanya ulas beberapa jenis kain yang digunapakai dalam koleksi Fatimah Mohsin di Pertunjukan Fesyen The Wedding KL 2017. Jadi, dari sini mesti anda faham kenapa rekaan sebegini sangat eksklusif & berharga bukan? 

Sebab Dhia melihat sesuatu rekaan pada material & teknik jahitan yang digunapakai. 

Tahniah kepada Fatimah Mohsin kerana berjaya menghasilkan karya "masterpiece" yang memukau pandangan saya haritu.

Rekaan Koleksi Fatimah Mohsin Memukau Di KL Wedding Showcase 2017 Rekaan Koleksi Fatimah Mohsin Memukau Di KL Wedding Showcase 2017 Reviewed by Dhia Vivadea on 12:46:00 PM Rating: 5

Sponsored ads