Header AD

Jangan Keliru Antara LRT Ampang Park & LRT Ampang

Cara nak ke ampang dari kl sentral

Haih gigih sis harini travel dari Seremban nak ke Ampang. Macam artikel sebelum ni, Dhia cakap cara nak ke tempat asing naik Public kan? Well, this time nak ke Ampang agak tricky sikit.

Muka sis dah macam mak nenek bila tau perjalanan jenis tricky
Ampang Park tak sama dengan Ampang! Haha.

Dhia naik ktm dari seremban ke Kl Sentral sebab tak expect nak ke Ampang tricky cenggini. Rupanya kalau dari seremban boleh berhenti kat ktm bandar tasik selatan & interchange  kat chan sow lin then terus ke stesen lrt ampang terus. Nah tengok peta bawah. Haih..

Peta ni boleh ambik kat kaunter mana2.
Disebabkan tak tau, Dhia terus naik ktm ke KL Sentral, then beli token ke LRT Ampang. Token tu dah betul. Stesen tu yang salah. Haha.

Naik train Lrt yang nak ke arah gombak. Tapi make sure berhenti kt masjid jamek
Dhia ke stesen lrt yang menuju ke Gombak. Tapi sebelum naik train, instinct Dhia rasa tergerak hati nak check maps. Sebab biasanya Dhia memang akan tengok maps ke arah mana. Dan..dammmmnn, rupanya stesen ke gombak tu menuju ke ampang park!

Adik2, ampang park tak sama dengan ampang ya. Hahaha. So, kelamkabut sis call neyra, ratu public transport kat Malaysia ni hah. Haha!

Then luckily, Neyra baru sampai kat Masjid Jamek then tunggu Dhia lah kat situ. Kalau tak sesat entah ke mana. Sebabnya kat Masjid Jamek ada banyak laluan bersimpang siur. Untuk orang yang first time macam Dhia memang boleh sesat.

So, dari kl sentral tu naik lrt menuju ke Masjid Jamek. Then. Dari masjid jamek cari tanda macam dalam gambar bawah. Masuk kat laluan tu kayh?

Ambik laluan kat sini
Dan dah sampai kt stesen ni, ada lagi benda tricky. Korang kena tengok & alert train menuju ke mana. Sebab ada dua train berlainan tempat, berhenti kat stesen yang sama.

Ni tricky jugak. Pastikan train tulis ampang
Satu train ke putra heights, satu lagi ke Ampang. Naik train ke Ampang.

So, mereputla korang tunggu dalam train untuk terus sampai penghujung jalan stesen. Tak payah turun mana-mana dah. Perjalanan dari KL Sentral ke Ampang ambil masa lebih kurang 20 minit.

Dan kos token dari kl sentral ke Ampang = RM4

Thanks to Neyra, ratu public transport sebab kutip Dhia kat Masjid Jamek. Hahaha! Kalau tak, boleh sesat wehh.
Jangan Keliru Antara LRT Ampang Park & LRT Ampang Jangan Keliru Antara LRT Ampang Park & LRT Ampang Reviewed by Dhia Vivadea on 11:53:00 AM Rating: 5

Post AD