Header AD

Main Game 3D Sampai Puas Kat VR Lab Sunway


Sampai je kat VRLab, satu je terkeluar dari kepala. "Ada game Zombi tak?" Haha. Dhia ni kaki game sebenarnya. Dan game paling Dhia gila, zombi. So, sebab tu bila masuk je kat VR Lab Sunway, game zombi jadi sasaran.

Murung sebab dah nak kena balik. Tak puas tembak zombie! Haha
Sebelum ni Dhia tak pernah pun main game 3d. Ni 1st time try & yess best gila weh! So yang join main game virtual Reality : Yazid, Afzal, Farah, Lala Rahim, Adzril, Carina. 

Nama VR sendiri singkatan untuk Virtual Reality. Yang mana korang akan pakai satu alat khas di mata & juga kedua belah tangan. 

Ada beberapa pilihan bilik untuk korang pilih kat VRLab Sunway:

  • Family room
  • VIP Single Room
  • Thematic Room
  • VIP Twin Room
  • Green Screen Room
Korang boleh main kat mana-mana bilik cuma bezanya bilik VIP Twin room luas berbanding bilik lain. 

Kusyuk main game boxing kat green screen room
VIP Twin Room VRLab Sunway
Green Screen Room VRLab Sunway
VIP Single Room VRLab Sunway
Harga Game Virtual Reality Sunway:

Harga untuk main Game VR kat VRLab Sunway bagi Dhia murah dan berpatutan. Lagipun dijamin korang puas main game VR ni 3 jam saja. Sebabnya nak main game VR macam exercise dalam masa yang sama. Terutamanya tangan masing-masing.

Harga Game Virtual Reality Sunway
Ada lebih 50+ game VR korang boleh pilih kat VRLab Sunway. Haritu kitorang main game tembak zombi, main ski, memanah, game tembak berpasukan.

Semua best gila. Tapi serius cakap, game memanah tu penat gila weh. Korang memang kena position macam memanah betul-betul & kena laju memanah untuk kalahkan raksasa dalam game tu. Fuh. Maafla yang game masa tengah panah takda.

Tapi, nah Dhia belanja video masa main game Zombie haritu. Sampai dua belah bahagian i conquer okayh? Haha!

A post shared by Dhia VIVADEA (@dhiavivadea) on


Cuma satu je, kalau la ada ruang lebih luas macam dalam dewan ke kan, game VR ni mesti jadi lagi real weh. Sebab korang bebas bergerak. Macam kat VRLab sunway ni ada limit kawasan, kalau tak hati-hati, korang boleh langgar dinding kat depan korang nanti.

Tapi overall memang fun gila. Lepasni nak repeat gi ke sini bawak family pulak.

Kalau korang nak tanya info lain terus pergi ke website diorang www.vrlab.my ataupun call nombor ni   0163963398 untuk cawangan kat Sunway. 

VRLab bukan ada kat Sunway je, ada jugak kat cawangan lain (SS2 petaling Jaya, SS15 Subang, Kota Damansara, Manjalara Kepong, Wangsa Maju, Publika KL). Jomm korang main game VR!

Main Game 3D Sampai Puas Kat VR Lab Sunway Main Game 3D Sampai Puas Kat VR Lab Sunway Reviewed by Dhia Vivadea on 11:02:00 PM Rating: 5

Post AD