Header AD

Jualan Gudang Benang Hijau x Muslimah Clothing (MCC) Serendah RM5


Harini last day jualan gudang benang hijau HQ  & MCC (muslimclothing.com) kat Bandar Baru Bangi. Sebenarnya start dari semalam, jadi Dhia & Aril pergi la serbu tempat kejap. Dengan harapan nak memborong kat sana. Sebab katanya tudung diorang lelong sampai RM5 sehelai! Haha.


Jualan Gudang Februari Benang Hijau Serendah RM5


Apehal pipi sis makin bulatt nih?haha
Nah, pilih sampai pening. haha
Jualan gudang dua jenama ni dibuat saling berhadapan. Jadi, korang tak susah nak berjalan jauh-jauh. Dah habis shopping kat area benang hijau, korang jalan sebelah bangunan je, beli produk dari MCC pulak.

Cik abang main handphone kalau dah bini memasing duk ralit tengok tudung
Agak-agak ada bawak anak-anak tu, korang letak je anak korang main kat ruang tengah di area MCC. Sebab kat situ disediakan bouncing castle untuk diorang bermain. So, bolehla mak dan kekakak tenang shopping sakan kan?

Gigi akak ni memilih kat jualan gudang benang hijau x mcc
Sebenarnya dalam masa yang sama ada maskot Didi & Friends jugak buat persembahan. Dhia tak berapa tahu sangat pasal kartun ni. Yang ada anak-anak tu taula kan cemana gilanya budak-budak dengan kartun ni. 
Dalam hati Dhia, Didi & Friends ni comel la jugak. Ada 3 ekor. Tapi ape benda lahh yang budak-budak suka sangat kat benda ni. (muka pelik) Haha. 

A post shared by Dhia VIVADEA (@dhiavivadea) on


Owh, bukan tudung je jual kat sini, ada jugak jubah dan blaus dijual. Dan harga bermula serendah RM50. Kalau agak-agak nak membeli baju raya awal sikit, korang cepat-cepatla singgah jualan gudang ni. Harini last weh! Nah, Dhia sertakan lokasi kat bawah ni: 



Blaus ni cantik!

Jualan Gudang Benang Hijau HQ & MCC
Tarikh : 25 & 26 Februari 2017
Hari: Sabtu & Ahad
Lokasi: 2A, Jalan Perindustrian Suntrack, OFF Jalan P1A, Seksyen 13, Bandar Baru Bangi

Dhia sempat jugakla memborong sikit kat sini. Korang bawakla payung kalau nak sebab kat sana panas gila weh. Serius panas meleding. Kat situ ada jugak tempat orang jual air & makanan. Jadi, takda masalah kot budak-budak merengek mintak makan time orang tengah duk sibuk nak shopping tu hah. Hehe
Jualan Gudang Benang Hijau x Muslimah Clothing (MCC) Serendah RM5 Jualan Gudang Benang Hijau x Muslimah Clothing (MCC) Serendah RM5 Reviewed by Dhia Vivadea on 2:18:00 PM Rating: 5

Sponsored ads