Header AD

Origina Jus Sedap Minum Masa Baru Keluar Peti Ais


Mula-mula ingatkan minuman Chocojoy & Origina Jus ni biasa-biasa jer. Sekali sedut, terus habis. Nak kata pelahap tu takda lah kan. Tapi sedap weh Chocojoy coklat keluaran syarikat PS Food & Beverage. Harga untuk Chocojoy perisa coklat 200ml RM2.69 je. Tapi memang sedap sekali teguk minum. haha.

Origina Jus Sedap Minum Masa Baru Keluar Peti Ais

Tapi nak lagi best korang kena make sure dah siap-siap masuk peti sebelum minum.  Memang rasa dia pekat & puas minum untuk sekali teguk. Haha.

Untuk produk Origina Jus ni sebenarnya ada dua kategori. (Origina Jus Range & Origina Tea Range). Produk Jus Range terbahagi kepada beberapa jenis perisa (epal, blackcurrant, green tea with promegranate, delima).

A photo posted by Dhia VIVADEA (@dhiavivadea) on


Dhia dah rasa yang perisa delima. Memang rasa pekat & macam jus segar delima. Produk Origina Jus dijual dalam 2 paket berbeza. Paket kecil Jus Origina 100ml dijual dengan harga RM1,  paket besar Jus Origina pulak dijual dengan harga RM2.49.

Jus Origina & Chocojoy mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi & berupaya meningkatkan tenaga korang yang sentiasa sibuk buat macam-macam kerja. 



Nak beli Jus Origina & Chocojoy Coklat kat mana? Ok, korang boleh dapatkan minuman ni di koperasi sekolah kawasan lembah klang, Kelantan & Terengganu. Boleh juga try cari kat supermarket Matahari kat Taman Medan & The 19 USJ City Mall. Kat AEON pun ada jugak, cumanya tak banyak cawangan yang ada. Hanya ada di AEON terpilih sahaja.

Nak lagi mudah, terus je call pengedar produk Chocojoy, Origina Jus & Tea range kat no ni 03- 5519 5700 atau emel pertanyaan ke origina2u.com
So far lepas minum sebenarnya tak puas minum 200ml. Dah tu memang confirm lah sehari berkali-kali minum kan? Sedap & pekat rasa minuman ni. Try lah!

Rujukan Info:

Origina Jus Sedap Minum Masa Baru Keluar Peti Ais Origina Jus Sedap Minum Masa Baru Keluar Peti Ais Reviewed by dhiavivadea on 10:39:00 PM Rating: 5

Post AD