Header AD

Kat Mana Nak Tidur Bila Ke Melaka Dengan Family

Muka happy dapat duk kat Homestay Villa Idaman Melaka
Hemm, hari-hari Dhia memang busy giler. Ada ketika memang sampai demam, nak pitam, muntah bagai. Waktu untuk bercuti relakskan badan tak ada langsung. 

Dan kebetulan Uzu & Yazid ajak bercuti beramai-ramai ke Melaka sana hah. So, Dhia terfikir yang Dhia perlukan masa untuk berehat. So, Dhia beramai-ramai carpool ke Melaka weh. 

Biasanya kalau ke Melaka Dhia pergi balik hari je. Paling-paling pun book hotel sehari. Tapi, masalahnya kalau kita bercuti ramai-ramai, nak stay kat mana? Hotel? Macam tak syioklah. Sebab bila bercuti sampai hampir 20 orang, takkan nak ngadap dinding hotel? Mestila kita nak spend time hu ha sana sini dengan yang lain kan? Haha!

Banglo 3 tingkat homestay Idaman Villa Melaka
Tempat penginapan kami kat Homestay Idaman Villa, betul-betul terletak kat tengan Taman Kota Syahbandar Melaka. Ikutkan dari Homestay ni dekat gila dengan banyak tempat penting kat Melaka.

Jarak Idaman Villa Homestay:
  • 5 Minit - Jonkerwalk
  • 11 Minit - Stadthuys
  • 12 Minit -  AFamosa
  • 9 Minit - Dataran Pahlawan
Cukup 4 tempat ni weh, sebab memang kat situ tempat utama kalau korang nak melancong ke Melaka ni. Dan paling best masa bercuti kalini, sempat jugaklah kitorang lepak kat Food Thai Festival. Tapi kat situ, orang Thai memang tekan kaw-kaw harga makanan diorang. Pehh.

Ok da, balik pada cerita. Sampai je kat depan pagar Homestay Idaman Villa, dya rasa macam. Aku nak cop tingkat paling atas boleh tak? Haha. Dahla sampai lambat, ada hati nak cop bilik bagai. Tak payah nak cop bilik sangat, sebab kat Homestay 3 tingkat ni ada 7 bilik. Hihi. 

Nah jamu mata jap tengok ruang kat Homestay Villa Idaman: 

Ruang ramu lengkap dengan TV 50+siaran & Wifi
Bilik di tingkat 2
Bilik di tingkat 2
Master bedroom Tingkat 2 ( ada 2 katil saiz Queen, sesuai untuk yang ada anak ramai. Boleh muat lebih dari 5 orang kat sini)
Katil kat Master bedroom tingkat 2
Katil saiz queen di tingkat bawah
Ada 7 bilik sebenarnya, tapi Dya sempat snap 4 bilik jer. Hihi. Tapi serius weh, banglo homestay idaman villa memang besar gila. Korang boleh muatkan satu rumah dalam 20 orang atau lebih.
Tapi, memang best stay kat Homestay Idaman Villa sebab banyak benda boleh buat sama-sama. Main masak-masak, buat BBQ, nak hang out ke sana sini pun dekat.

Kat Mana Nak Tidur Bila Ke Melaka Dengan Family

Memang sesuai kalau lepasni agak-agak nak bercuti dengan family pulak. Homestay ni ada:
  • 7 bilik tidur
  • 6 tandas
  • TV (50+ siaran)
  • Wifi (unifi sampai 30mbps, laju gila wei)
  • Dapur memasak
  • Bilik semua ada aircond + kipas
  • Ada ruang untuk BBQ kat perkarangan luar rumah.
Ok, dah ada idea dah nak stay mana kalau berjalan ke Melaka? Nah korang book & contact nombor kat bawah:

Facebook: IdamanVilla
Instagram: @IdamanVilla
Contact untuk tempahan: En Bari (012-2118246)




Kat Mana Nak Tidur Bila Ke Melaka Dengan Family Kat Mana Nak Tidur Bila Ke Melaka Dengan Family Reviewed by Dhia Vivadea on 6:08:00 PM Rating: 5

Sponsored ads