Header AD

Wajah Baru SincerelyByUs Bukan Lagi Tudung Bawal Square

Sabtu 29 Oktober, Pengeluar tudung jenama sincerelybyus menganjurkan Grand  Re-Launching The New SBU kat seksyen 16 Shah Alam. Kalau sebelum ni, Dhia selalu follow perkembangan industri pengeluar tudung walaupun dari jauh jer. Hemm, sejak tahun 2011 sebenarnya.


Alhamdulillah tahun ni dapat jumpa owner Sincereybyus, dapat berbual, dapat tanya tips dari pengasas butik, Pn Noor Inora Putri Noorzainy. Banyak ilmu yang saya dapat tahun ni. Thanks semua!
Yelah, sebab dulu Dhia penjual tudung kan? Hihi. Cuma buat masa ni nak fokus pada blogging sebab fun!
Sincerelybyus antara jenama butik yang memang ramai orang tergila-gila dan cari. Yang Dhia tahu selama ni, trademark SincerelybyUs mesti keluarkan tudung bawal corak berbeza.



Kalau tak silap dulu nama jenama ni sincerelybyusshawl. Tapi, since 2015 Dhia dah kurang follow-up perkembangan industri jenama tudung kat Malaysia. Tapi, Dhia still pasang telinga & mata okayh? Hehe.

Iols tunggu turn nak bayar wehh.. Maaflah, TERR belii banyak pulakk.hehe

Majlis Grand Relaunching ni diadakan sebagai tanda menghargai sokongan pembeli dan mereka yang setia mengikut perkembangan SBU sejak awal lagi.

Wajah Baru SincerelyByUs Bukan Lagi Pada Tudung Bawal Square

Jadi, sebagai penghargaan kepada semua, SincerelybyUs ni dijenamakan semula dengan imej baru. Kalau sebelum ni SBU jual tudung bawal square, kalini SBU buat imej baru dengan menjual koleksi baju untuk wanita dan kanak-kanak.



Corak pada tudung, baju dari SBU direka khas oleh pereka SBU & permulaan perniagaan SBU sebenarnya bermula daripada jualan secara online & blog.


Dan katanya masa permulaan berniaga, SBU jual produk yang dibeli secara borong. Tapi, sekarang ni, rekaan dan produksi tudung & baju semuanya dihasilkan daripada idea kreatif pihak SBU sendiri.
Fuhh, kagum gila dengan pencapaian Sincerelybyus. Dengan Dhia sekali TERR beli tudung banyak kat SBU nih. Siap dapat FREE tudung lagi sebab antara yang terawal beli kat SBU. Hehe. Macihh SBU. 
Amboi masing-masing berebut aihhh tudung Sincerelybyus
Hari pelancaran saya agak terkejut jugak sebenarnya, sebab ramai gila serbu butik Sincerelybyus masa Grand  Re-Launching The New SBU seksyen 16 Shah Alam. Yelah, sebab sekarang kan tengah ekonomi gawat. Banyak butik yang ambil langkah "exit dari industri fashion business'. Tak sangka rupanya masih ramai lagi yang tergila-gilakan tudung-tudung berjenama kat Malaysia.

Penuh kat luar
Thanks kepada pihak SBU sebab sudi melayan soalan kitorang. Banyak sebenarnya nak tanya. Especially tips untuk berjaya dalam industri tudung. Passion Dhia pada VD masih ada, cuma buat masa ni Dhia lebih utamakan kerjaya sebagai blogger luarbiasa. Haha!
Sambil berbual, sempat jugak korek tips dari Pn Noor Inora. Antaranya,

Jangan malu bila berniaga. Mintak support kawan-kawan. Mintak je. Jangan malu untuk berniaga.

Dan apa yang saya boleh simpulkan, untuk kekal bertahan dalam perniagaan hanya satu je penting. MINAT. Kalau korang terikut-ikut dengan trend orang niaga kasut, nak niaga kasut. Orang niaga pensel, nak niaga pensel. Contohlah. Percaya atau tidak, kalau tak betul-betul minat berniaga. Tak mudah untuk korang bertahan dengan cabaran dunia bisnes ni.

With Kak Fariza Saidin
So, kat video bawah ni ada "special words" daripada pengasas SBU untuk korang. Jangan lupa subscribe channel youtube Dhia ok?!

Wajah Baru SincerelyByUs Bukan Lagi Tudung Bawal Square Wajah Baru SincerelyByUs Bukan Lagi Tudung Bawal Square Reviewed by Dhia Vivadea on 11:27:00 PM Rating: 5

Post AD