Header AD

Touristguide.com.my Tawar Diskaun Separuh Harga Untuk Pakej Percutian Ke 5 Negara


Sebut pasal travel. Aih, memang dari dulu kerja Dhia travel sana sini non stop. Tapi jarang tulis dalam blog. Kalau ada pun, bila ada masa & kadang tu tulis tajuk je. Lepastu terlupa then tak siap entry travel Dhia kat blog ni (kebanyakannya). Haha. Sebab terlampau banyak nak cerita kat korang setiap kali travel.


So, masa grand launching touristguide.com.my 24 Nov 2016 dibuat, Dhia hadirkan diri memeriahkan majlis sambil tu nak tau jugak apa sebenarnya yang touristduide.com.my tawarkan nih?
Majlis pelancaran dirasmikan oleh En Mohd Akbal Setia (Pengarah Tourism Malaysia), En Devan Kumar (Pengarah Urusan Touristguide.com.my), Tuan Azlan Hussain (President of Kuala Lumpur Tourism Association - KLTA) & Akim ahmad sebagai tetamu jemputan.
Kredit gambar Isaactan
Tapi, kalau korang nak travel dengan guna pakej dari touristguide.com.my, pastikan dah daftar sebagai member kat website rasmi touristguide.com.my . Klik je link yang saya highlightkan tu ok?

Jadi apa yang BEST dalam pakej touristguide.com.my?

Touristuide.com.my dah ditubuhkan 5 tahun yang lepas & misi utama mereka "Build World Largest Travel Network" dengan menawarkan pakej percutian dengan harga yang murah & berbaloi.

  1. Pakej Hotel Paling Murah
Boleh terus booking penginapan dengan harga yang murah berbanding tempat lain. Lebih 75,000 hotel yang korang boleh pilih dalam tu.

      2. Tiket kapal terbang termurah 

Kalau tempah tiket kapal terbang melalui touristguide.com.my, korang akan dapat point setiap kali travel. Dan dari point terkumpul yang mencukupi, boleh redeem point tu untuk dapatkan tiket kapal terbang ke destinasi lain pulak. Dan jika point cukup tak perlu bayar apa-apa untuk tiket tu. FREE lah kiranya. Woahh!! 

    3. Ada sistem yang menghubungkan semua traveller & boleh dapat point setiap kali anda & kawan2 yang lain travel. Sistem point ni berguna bila korang nak redeem percutian PERCUMA. 

Contoh macamni: lepas daftar membership, anda akan terhubung dengan 3,905 traveller yang lain. Setiap kali mereka atau diri sendiri travel, semua akan dapat point dari situ. Point tersebut boleh ditebus untuk dapatkan bilik hotel, pakej percutian, tiket kapal tebang FREE sahaja.

    4. Pendaftaran keahlian PERCUMA

Untuk jadi member kat touristguide.com.my, FREE jer. Tak perlu bayar apa-apa untuk daftar masuk. 

Saya ingat lagi masa zaman kolej, ada satu travel agensi bagi tawaran  best pasal pakej percutian, tapi dengan syarat daftar masuk dengan harga sekian-sekian untuk dapat diskaun sekian-sekian. Tapi lepas daftar, kitorang tak pernah travel guna kad berbayar tu. 

Jadi, jangan risau sebab touristguide.com.my takda cas tersembunyi pun & korang daftar FREE jer dah boleh dapat macam-macam diskaun.

    5. Sasaran data pelancong seluruh Malaysia hingga 100,000 orang

Touristguide.com.my menyasarkan jumlah pelancong yang berdaftar hingga 100,000 orang. Jadi , bila data pelancong cecah sasaran target, mereka boleh tawarkan pakej percutian yang berganda murah.

Touristguide Tawar Diskaun Separuh Harga Untuk Pakej Percutian Ke 5 Negara

Owh, dah baca tak details kat atas? Best kan kan? Jomlah travel nak? Nak bagitau ni, sekarang tengah ada promosi pakej percutian 50% ke 5 negara! Fuhh, best gilak!

Promosi ni sampai 30 Nov ni jer, so cepat-cepat daftar kat web rasmi touristguide.com.my

Kalau ada apa- apa pertanyaan, call je kat number 1800-38-3338 / 03-87342802 atau email ke contact@touristguide.com.my


Syarikat touristguide.com.my, Infinity Vacation Sdn Bhd terletak di Suite A25-3A, Sentral Business Park, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia

Antara 5 negara yang Dhia duk sibuk cakap ni tengok pakej kat bawah ni ha: (Kerala, Mauritius, Maldives, Taj Mahal, HongKong)







Target Dhia, memang nak travel sebanyak tempat yang boleh. Sebab bila melawat tempat orang ni, kita akan feel macamana pertembungan budaya orang lain, sistem harian negara luar, banyak lagi lah. Semua tu akan buat kita jadi lebih matang, upgrade diri & lebih luas kefahaman tentang nilai hidup sebenar.

Kat bawah ni muka-muka blogger yang selalu sangat travel. Hihi:





Ok, gambar last tu terserempak pulak dengan Zukiee & tunang dia. Hahah. Nyempat je kitorang selfie. ;-P
Touristguide.com.my Tawar Diskaun Separuh Harga Untuk Pakej Percutian Ke 5 Negara Touristguide.com.my Tawar Diskaun Separuh Harga Untuk Pakej Percutian Ke 5 Negara Reviewed by Dhia Vivadea on 3:09:00 PM Rating: 5

Sponsored ads