Header AD

Tekstur Kain Neo Gladiator Bianco Mimosa Unik Dan Luar Daripada Biasa


Bianco Mimosa jadi pembuka tirai masa peniagawati runaway @ Malaysia Fashion Week 2016 3 Nov lepas. Maksudnya fesyen dari Bianco Mimosa merupakan yang pertama diperagakan kat Malaysia fashion week 2016. 


And yess, ni pertama kali Dhia hadirkan diri ke acara fashionshow. Dah lama sebenarnya nak pergi Fashion Show. Sebelum ni biasanya Dhia tengok Fashion Show dari Elie Saab, Georges Hobeika, & ramai lagi pereka luar kat Youtube jer. 

Alhamdulillah tahun ni dapat tengok LIVE kat Martrade, KL. Thank you Bianco Mimosa sebab sudi jemput Dhia. Hehe.

Fashion show yang Dhia hadir ni menampilkan 6 pereka fesyen baru merangkap usahawan sebenarnya. Antara pereka yang tersenarai: Bianco Mimosa, De Natura Dache, Lezarra, Nur Huda, Luvhlee Wardrobe, Wanpa. 

Tan Sri Shahrizat Jalil pun datang ke fashion show peniagawati ni sebagai tanda sokongan beliau.

Jadi apa tema yang Bianco Mimosa bawa masa fashionshow di Martrade ni? Pengasas Binco Mimosa, Dato' Ida Suraya Mustapha menggunakan tema Neo Gladiator hasil inspirasi zaman Rome, ratusan tahun yang lalu.

Dhia kenal Dato' Ida Suraya ni masa buat artikel tentang Bianco Mimosa X Lazada. Promote sehari je, esoknya stok baju habis licin kat Lazada. Haha. Dari sini  yang Dhia kena Dato Ida. Sebab sebelum buat artikel Dhia akan kaji latar belakang, etc. 


Masa tu dah rasa kagum tengok perwatakan beliau. Pernah terdetik rasa untuk jumpa beliau satu hari. Dan tak lama lepas niat, memang betul-betul jumpa depan mata. Siap duk sebelah, berbual panjang, etc. Mission accomplished!! Haha.


Tekstur Kain Neo Gladiator Bianco Mimosa Unik Dan Luar Daripada Biasa


Kain yang digunakan Bianco Mimosa masa pertunjukan fesyen memang berbeza. Serius cakap, lain daripada lain. Bukan kain biasa & sebenarnya Bianco Mimosa memang suka import fabrik dari luar negara (Eropah). 

Fabrik koleksi Neo Gladiator dihasilkan menggunakan teknik tenunan sulam tangan termasuk tenunan halus dan hasilnya ada kilauan pada baju. Masa terasa macam terhenti bila tengok fabrik Bianco Mimosa 

Tapi, walaupun import dari luar, teknik buatan pada kain tu direka Dato' Ida sendiri. Yelah, mana taknya. Dato' Ida sebelum masuk bidang fesyen merupakan engineer ok?? Hihi. Sebab tu lah, dalam setiap koleksi keluaran Bianco Mimosa akan ada struktur special pada fabrik. Ni yang membezakan Bianco Mimosa dan jenama lain.

Dhia sangat cerewet bila sebut bab kain. Tapi, bila tengok je koleksi Neo Gladiator, dah siap cakap dalam hati. This is the one. Koleksi ni simple, boleh pakai secara kasual dan untuk acara rasmi tapi nampak glamour dalam cara tersendiri.

Koleksi Neo Gladiator mewakili fesyen zaman Rome, yang mana wanita akan nampak elegan dan bergaya persis puteri raja. Tengok pada struktur kain tu mesti akan buat korang rasa Woww. Dhia sendiri pun masa tengok tu rasa macam, serius cantik & nampak kelainan.

Menurut Dato Ida, Bianco Mimosa merancang untuk terbang lebih jauh lagi. Mungkin ke fashion show di Paris, dan tak silap akan ke China kot untuk pertunjukan fesyen kat sana. Peluang terbuka luas bila Bianco Mimosa menyertai pertunjukan fashion kat martrade ni.

Dato' Ida siap cakap, lepas habis fashion show kat Martrade, dah ada yang kagum dengan koleksi Neo Gladiator & tawarkan untuk kembangkan lagi nama kat negara luar pulak. Fuhh, nampak tak event macamni sangat membantu usahawan & pereka fesyen untuk berkembang jauh??

Hemm, Dhia dah pasang niat dah masa join event macamni. One day, Dhia pulak akan berjalan atas pentas fashionshow. Sebab minat pada fesyen masih ada dan kuat. Cuma sekarang tengah busy fokus bisnes lain dulu. heheh.

Nah belanja sikit gambar masa fashion show:










Tekstur Kain Neo Gladiator Bianco Mimosa Unik Dan Luar Daripada Biasa Tekstur Kain Neo Gladiator Bianco Mimosa Unik Dan Luar Daripada Biasa Reviewed by Dhia Vivadea on 7:55:00 PM Rating: 5

Sponsored ads