Header AD

Salam Browser Cegah Anak Anda Terdedah Dengan Laman Web Tanpa Tapisan


Rasanya mungkin ada yang dah lama tahu tentang Salam Browser atau mungkin ramai juga baru tahu tentang kewujudan salam browser ni ( dhia lah tu. hehe)

Sebelum tahu kewujudan salam browser, Dhia pernah terdetik satu benda masa sibuk duk surfing info kat internet. Kenapa sekarang ni browser G00--E sangat open dan terdedah dengan benda yang boleh diklasifikasikan hanya untuk tontonan 18 tahun ke atas sahaja?? 

Ok, bila tengok Y-U T--E, kadang tu kat tepi ada suggested video kan? Sometimes, macam Dhia suka tengok movie Hindi kat Y-U T--E, tapi kalau korang perasan kadang memang akan keluar suggested video yang bagi Dhia ianya kategori yang tak bertapis sangat. 

Dulu tak macam ni ya. Dulu Y-U T--E sekat video yang ada unsur-unsur pelik. 

Sebenarnya kategori pelik tu biasa je. Well, takda rasa apa benda pun. Tak tertarik nak tengok. Orang dah kahwin ni tak heran sangat. Hahah! 

Tapi, apa yang buat Dhia terfikir, macamana untuk budak-budak yang masih belum matang? Diorang ada rasa ingin tahu yang sangat-sangat tinggi. Nak2 pulak dihidangkan dengan "lauk" yang tepat pada keinginan tu.

Tak payah cakap Y-U T--E. Sebenarnya tengok kat mana-mana movie pun memang ada cerita yang tak bertapis langsung sebenarnya. 

Salam Browser Bantu Elak Anak Terdedah Dengan Laman Web Tanpa Tapisan


Salam Browser antara solusi untuk anda. Antara fungsi Salam Browser:
  1. Jaga Privasi Anda
Salam Browser ada fungsi incognito sama macam browser Google. Fungsi Incognito akan bantu melindungi privasi korang masa "surfing" apa saja laman web atas talian.

Malah Incognito Mode, Salam Browser melindungi data anda daripada terdedah kat website luar. Terutamanya bila korang buat urusan jualbeli secara online dan perbankan dalam talian.

Contoh harini korang buka web tentang Elly Mazlein terasa dengan tok ram. Esoknya, adik nak stalk apa yang korang buat semalam. Dalam history browser masing,  takkan ada rekod apa yang korang dah buka semalam. Contoh jer.
paparan Incognito Mode Salam Browser pada android

      2. Boleh Download Video Youtube (HD Quality)

Biasanya untuk download video dari Youtube, dhia terpaksa guna external web. Baru boleh download. Tapi, dengan Salam Browser, ada button khas yang korang boleh terus klik & download video Youtube tu. Tak perlu dah susah payah copy link url youtube, paste kat external web untuk download video dari Youtube.

Boleh rujuk video kat bawah ya:



       3. Menyekat iklan Scam yang tak sesuai dilihat semua golongan

Owh lagi satu, sekarang ni banyak laman web scam yang mana bila korang bukak je blog, akan keluar iklan sebelum keluar isi blog kan?? Dan saya jamin mesti korang ada nampak jugak iklan unsur lucah, kalau perjudian tu saya tak berapa pandang sangat.

Tapi iklan jenis 18sx kaw kaw naked habis jadi persoalan sekarang ni. Serius, naked habis yang mana anak-anak yang masih belum matang tak digalakkan terdedah dengan iklan macamni.

Jadi, Salam Browser akan menyekat sebarang iklan scam yang tak sesuai dilihat semua.


Credit gambar Oh Media

So, untuk ibu bapa yang berusaha untuk mengawal pergaulan & pergerakan anak anda atas talian, boleh mulakan dengan download Salam Browser. Sekurang-kurangnya anak anda tidak terdedah dengan perilaku melampaui batas yang tak sepatutnya bila melibatkan internet. 

Buat masa ni Salam Browser hanya boleh digunakan oleh pengguna windows & telefon pintar android sahaja. Untuk pengguna IMac macam Dhia belum dapat download lagi Salam Browser ni. 

Anda boleh download Salam browser melalui www.salambrowser.com
Salam Browser Cegah Anak Anda Terdedah Dengan Laman Web Tanpa Tapisan Salam Browser Cegah Anak Anda Terdedah Dengan Laman Web Tanpa Tapisan Reviewed by Dhia Vivadea on 9:35:00 AM Rating: 5

Post AD