Header AD

Cara Nak Ke Bukit Bintang Guna KTM Dan Monorel


Anyeong! Kalau korang baca blogpost Dya sebelum ni tentang Wondeful Indonesia 2016 Bukit Bintang, ekceli terlupa nak share info cara nak ke Bukit Bintang naik public transport. Haha.

Well, yess that was my 1st time naik monorel ke bukit bintang. Before ni naik kereta je kalau nak ke mana-mana. Tapi, makin lama cam malas nak drive. Penat kot weh. Baik naik public transport jer. Kos pergi balik lebih kurang je naik kereta. Tapi korang jimat masa & tenaga.

Well, thanks to Neyra sebab dia lah Dhia terjebak naik monorel. Haha!

Cara Nak Ke Bukit Bintang Guna KTM Dan Monorel


Senang jer, 

1. Naik KTM dari Seremban ke KL Sentral (korang naiklah ikut ktm dekat ngan rumah korang, jangan pergi seremban pulak dah) 

2. Sampai kat KL Sentral, keluar dari stesen KTM tu & pergi kat ruang tengah KL Sentral. Kiri kanan ada tempat makan & stesen lain.

3. Jalan terus sampai korang nampak nama NU Sentral sebesar alam. Naik tangga.

4. Korang jalan ikut laluan khas yang memang akan bawak korang ke sign board menuju ke monorel. (laluan ni memang akan menyinggah kawasan mall, bolehla kalau nak gi cuci mata jap.haha)

5. Turun eskelator, Jalan terus keluar pintu besar sebelah kedai The Loaf. Stesen monorel depan tu je.. Pandai2 koranglah, sebab memang ada signboard tunjuk tempat monorel. Then, Terus je keluar pintu utama, beli token monorel kat mesin khas cam dalam gambar kat bawah ni.


6. Nah peta transit KTM, LRT, MONOREL, MRT semua ada. hihi


7. Guna token biru untuk naik monorel, kalau naik ktm token warna kuning. (Just tap & scan token )


8. And here we go! Jom travel with monorel


9. Nah senarai antara laluan monorel: KL Sentral - Tun Sambathan - Maharajalela- Hang Tuah - Imbi- Bukit Bintang- Raja Chulan - Bukit Nanas - Medan Tuanku - Chow kit - Titiwangsa


10. Untuk ke bukit bintang pilih hentian ke Bukit Bintanglah. hehe tapi kena alert. Sebab kadang dalam monorel takda suara nak mention kita dah sampai mana. Dalam banyak-banyak monorel, sekali je ada suara cakap dah sampai stesen mana. Yang lain? Biasanya diya akan kira hentian ke berapa setiap kali monorel berhenti. Alert okayh?

Monorel punya sign tak sama macam ktm.
So, untuk yang first timer macam Dhia, hopefully artikel ni membantu korang. Hihi

Cara Nak Ke Bukit Bintang Guna KTM Dan Monorel Cara Nak Ke Bukit Bintang Guna KTM Dan Monorel Reviewed by Dhia Vivadea on 5:58:00 PM Rating: 5

Sponsored ads