Header AD

Miliki IPhone 7 Serendah RM160 Sebulan Dalam Program Renew+ Compasia

Dijamin korang mesti akan tukar phone setiap tahun kan? Sebab teknologi smartphone cepat berubah2.
Packed betul haritu (3 Nov 2016) bila blogger berkumpul ramai-ramai kat Food Foundry. Fuhh. Memang havoc habis. Ehem, kitorang kumpul beramai-ramai sebab tak sabar nak tahu apa sebenarnya Program Renew+ dari Syarikat Compasia Sdn Bhd yang orang duk sibuk cakap selama ni.

Katanya, tiap tahun boleh tukar phone baru & kita boleh miliki phone berjenama dengan kadar harga terendah! Pheww. Best gila!
Hemm, Halim dah kenapa tu? hehe

Siapa CompAsia? Dan Apa Itu Program Renew+?? 

CompAsia Sdn Bhd adalah syarikat pelupusan aset teknologi maklumat. 3 Nov lepas baru saja melancarkan Program Renew+, program khas untuk membolehkan pengguna mampu membeli & memiliki telefon pintar dengan kadar bayaran terendah.
Percaya tak yang korang boleh miliki iphone terbaru kat pasaran dengan harga yang lebih murah?? Harga tak banyak beza dari harga pasaran cuma, yang berbeza adalah cara pembayaran. Kadang tu, saya tahu ramai yang mungkin tak berapa mampu untuk bayar sebijik Iphone 7 sedebuk banyak sekaligus sampai RM3000+ kan?

Sebelum tu, tengok dulu details gambar kat bawah:

CompAsia ditubuhkan sejak 2012, dan HQ terletak di Petaling Jaya. Antara khidmat lain yang ditawarkan oleh syarikat ni seperti ubahsuai, membaiki  dan membina semula barangan elektronik terpakai. Contoh macam laptop, monitor, tablet komputer, telefon pintar,etc.

Miliki IPhone 7 Serendah RM160 Sebulan Dalam Program Renew+ Compasia

Nah, nilah fungsi program Renew+ Compasia.  Korang hanya perlu bayar secara installment dengan kadar paling mampu milik dan yang bestnya selepas setahun, korang boleh upgrade handphone iphone7 tu dengan teknologi smartphone yang baru pulak. 
Contohnya tahun ni beli Iphone 7, tahun depan, Apple keluarkan produk terbaru lagi. So, korang boleh tukar IPhone 7 tu dengan Smartphone paling latest dari Apple. Best kan? 
Hemm, tau sangat setiap kali ada je phone paling latest, korang mesti nak tukar phone terbaru punya. So, baik beli guna Program Renew+ nih. Sebab setahun baru berapa je kena bayar, lepastu boleh tukar phone lain pulak.

Selepas setahun guna, kalau nak upgrade phone jenis lain pulak, korang tak perlu bayar apa-apa
wuu, sebelah tu cik fatin bella, darah maniss dah nak kawin dah aihh
Bayangkan korang beli IPhone 7 32gb. Kalau tak silap harga pasaran RM3199 kan?? Tapi, mana nak cari sedebuk 3K tuh? Jadi, fungsi Program Renew+ CompAsia ni bantu mudahkan korang sebenarnya. 

Setiap bulan hanya perlu bayar RM160 X 12 BULAN = RM 1904 jer. Then, boleh upgrade handphone paling latest pulak lepas setahun tu.

Sebenarnya tempoh bayaran penuh adalah dalam masa dua tahun. Tapi, korang tak terikat dengan apa-apa kontrak. Cuma kena cukupkan bayar selama setahun dan kemudian tukar lah dengan phone keluaran baru pulak.

Kalikan dengan 2 tahun total memanglah jadi RM160 X 24 BULAN = RM 3840. Maknanya mahal sikit dari harga pasaran. Tapi persoalannya, korang akan guna phone lebih dari setahun atau akan bertukar phone setiap tahun??? 

Kalau jenis suka tukar phone, baik beli secara installment guna Program Renew+ CompAsia ni. Sebab nampak lebih menguntungkan.

Untung dan jimat beribu. Tak perlu keluarkan sedebuk jumlah sehingga cecah 3 ribu untuk beli IPhone 7. Cuma perlu bayar RM160 sebulan, minima pembayaran selama setahun, maksima selama dua tahun.
Kadar bayaran Iphone 7 melalui Program Renew+ Compasia:

IPHONE 7
  • 32 GB = RM160/mth
  • 128 GB = RM185/mth
  • 256 GB = 210/mth

IPHONE 7 Plus


  • 32 GB = RM190/mth
  • 128 GB = RM215/mth
  • 256 GB = 240/mth
Dalam masa setahun, korang boleh tukar phone sekiranya ada cracked kat screen dan hanya boleh tukar sekali sahaja dalam 1 tahun
Pembayaran boleh dibuat melalui Maybank Ezypay, yang mana bank TAKKAN kenakan extra cas bila korang  buat pembayaran melalui Ezypay
Serius Dhia rasa program Renew+ ni best & memudahkan. Mungkin Dhia akan beli IPhone 7 dari program ni. Tengok ikut keperluan macamana lah. 

Sebab sekarang handphone berlambak kat rumah tapi gunanya satu je. Yang lain terbiar camtu. Dahtu nak trade-in kat kedai pun nilai tak seberapa. Tak berbaloi dengan nilai yang masa mula-mula beli.

Sebab tu Dhia rasa Renew+ ni best gila. Boleh tukar-tukar phone setiap tahun. Plus Dhia ni heavy user (smartphone) sebenarnya. Hihi.

Buat masa ni, sistem pembelian online masih lagi dalam proses. Jadi, kalau korang berminat untuk beli, boleh order menerusi no ni: 

Phone: +603-79313417 (Compasia)

Dan kalau nak tengok lebih details tentang Program Renew+, boleh terus layari ke laman web www.compasia.com

Alamat ComputerAsia Sdn Bhd

Unit 2.04, Level 2, Wisma Academy, No 4A, Jalan 19/1, 46300 Petaling Jaya, Selangor

Haritu kenal blogger baru. Best! Nah belanja gambar sikit. Hehe.




Miliki IPhone 7 Serendah RM160 Sebulan Dalam Program Renew+ Compasia Miliki IPhone 7 Serendah RM160 Sebulan Dalam Program Renew+ Compasia Reviewed by Dhia Vivadea on 1:21:00 AM Rating: 5

Sponsored ads