Header AD

Sutra Beach Resort Terengganu Destinasi Percutian Untuk Keluarga


Ok, macam sebelum ni Dhia cerita pakej & buget trip ke Pulau Kapas kan? So, this time, untuk yang nak try menginap kat resort Terengganu. Dhia sarankan untuk menginap kat Sutra Beach Resort. Terutamanya yang bercadang nak bercuti dengan family. 

20 km daripada Kuala Terengganu Airport, lokasi Sutra Beach Resort terletak kat Kampung Rhu Tapai, Setiu Terengganu. Sebenarnya macam-macam korang boleh buat kat sini. Antaranya :
  • Suba diving
  • Tengok fireflies
  • Jungle trekking
  • Redang Island Trip
  • Merang river cruise
  • Pergi ke Tasik Kenyir /Sungai Gawi
  • Lawat Penyu kat Rantau Abang
  • Setiu wetland
  • Pasar payang
  • Banyak lagi
Tak sabarrrr nak terjun atas katil bilik!
Hah, masa untuk cerita bab pakej kat Sutra Beach Resort. Pakej bagi Dhia berbaloi sangat dengan kemudahan yang ada (Semua pakej tu termasuk bilik aircond, TV, Free WiFi) Ada 3 pakej berbeza:
  1. Standard twin = RM 171.53 (pakej termasuk sarapan pagi & muat untuk 2 dewasa & 1 kanak-kanak.
  2. Deluxe Tropical = RM 222.98 (pakej termasuk sarapan pagi & muat untuk 3 dewasa & 1 kanak-kanak.
  3. Deluxe Seaview = RM 257.29 (pakej termasuk sarapan pagi & muat untuk 3 dewasa & 1 kanak-kanak.
Bilik luas, selesa, menghadap pantai. Nyaman sungguh weh! Next time nak repeat ke sini lagi

Pakej Budget RM85 Seorang!

Tentang pakej saranan Dhia kalau korang travel dengan kawan boleh try ambik pakej standard twin kos untuk seorang dalam RM 85 jer.  Okla kan? Then, pergi Pulau Kapas dengan budget RM60 untuk enjoy hiking, snorkeling & tengok coral kat sana.

Boleh bayang santai dengan family kat sini dah? Bestnyaa.
Baca Pakej & Budget Bawah RM100 Ke Pulau Kapas

Sutera Beach Resort Terengganu Destinasi Percutian Untuk Keluarga


Kalau dengan family tak silap Dhia ada pakej harga satu rumah untuk family rasanya. Boleh terus tanya pada pihak pengurusan Sutra Beach Resort. 
Yang pasti, moment paling best, bila celik mata tengok tepi katil nampak pantai. Ya Allah, nyaman je rasa. Hemm. Sedut angin tepi pantai jap.
Ikut hati aku sebenarnya nak terjun kolam besar ni ha. Tapi masa suntuk. Kalau tak memang aku berenang taknak naik masuk bilik dah.haha.

Kat bawah ni video pemandangan dari tepi bilik masa trip kitorang haritu:


Owh terlupa, untuk tempat makan ala-ala hipster & kena dengan tekak korang boleh terus je pergi ke Dapo Pata @ Uptown Kontena, Terengganu. Serius sedap gila makanan kat sini. Plus contohla nak buat special celebration, boleh buat kat Dapo Pata ni. Sebab tempat makan kat sini cantik & selesa.

Maggie Crab. Puas makan weh. Tunggu Dhia buat blogpost pasal Dapo Pata nanti ok?
Lagipun korang suka selfie kan? Hah sesuai sangatlah nak selfie kat tempat cantik yang Dhia dah sarankan nih.

Video bawah ni ada pasal Dapo Pata, tengok dulu kat bawah ni okay?


So? Dah plan kat mana nak menginap nanti?? Harap artikel ni membantu korang yang tengah keliru nak pilih menginap kat mana. Hihi. Korang boleh terus buat tempahan kat sini:

Sutra Beach Resort Terengganu
Tel: +609 653 1111 
Email: reservation@sutrabeachresort.com.my
website: www.sutrabeachresort.com.my

Jomm tahun depan terengganu!


Sutra Beach Resort Terengganu Destinasi Percutian Untuk Keluarga Sutra Beach Resort Terengganu Destinasi Percutian Untuk Keluarga Reviewed by Dhia Vivadea on 7:18:00 PM Rating: 5

Post AD