Header AD

Lunch Kari Pekat Kat Intekma Pendeta House Resort


Ha, ni nak bagitau korang. Sepanjang bertahun duk ulang alik Shah Alam, Dhia tak tau rupanya ada satu cafe santai kat area berdekatan Uitm Shah Alam.

So haritu saje je lah singgah Pendeta Coffee House sebelah Resort Intekma. Ni pun tau lepas Yazid bagitau iols. Macih yazid. Haha.
Katanya signature dish kat sini set nasi bendang. Next time nak try!
Yazid Izat, travel blogger paling diva the vass. haha
1st makanan yang dhia try is laksa. Peh, pekat sedap weh! Kebetulan laksa faveret Dhia, so try rasa memang kena dengan tekak jawa ni ha. Hehe. Paling special bila Chef Amar yang masakkan untuk iols. Jangan jelesss...hehe.

laksa
Next Diya makan murtabak. Serius kari dia melekat kawww. Si Yazid duk potpet imagine kalau ada nasi memang licin lah cicah dengan kari pendeta Coffee House nih. Fuhh..

kari + murtabak
Sebenarnya banyak lagi menu best kat Intekma Pendeta Coffe House ni. Siap free minuman lagi ok? Mmm.. ndappnyaaa. Ada:
  • Roti telur
  • Cucur udang
  • Mee goreng mamak
  • Laksa
  • Goreng pisang
  • Mee rebus
  • Murtabak
  • Char kuey Teow
antara menu yang ada.
Pendeta Coffee House biasanya diorang akan bukak setiap hari dari pukul 4 petang sampai 10.30 malam. So, bolehla kalau nak lepak jumpa korang, meeting dengan client kat sini ke kan? Hehe. Boleh tengok details lokasi kat gambar bawah ni ha:

free drinks
Dya ingat kat sini cam ada resort & cafe jer. Rupanya pendeta coffee house ada buat servis katering, perkahwinan & bilik seminar. Pehh, macam tau-tau je dya nak buat kelas blog nanti kan. Haha. So sesuai lah nak sewa bilik seminar kat Intekma Resort & Convention Centre nanti. 

Paling syiok pakej seminar siap makan, minum, peralatan untuk seminar, etc. Korang boleh tengok details kat gambar bawah ni. Diya nak pergi booking untuk buat kelas blog nanti. Haha!

pakej seminar murah intekma resort
Serius pakej ni bagi diya murah dan berbaloi. Makanan pun boleh tahan sedap pekat melekatt. Tak sabar nak try makan nasi bendang next time kat Pendeta Coffee House ni wehhh. Jomm!

Owh kalau korang nak tau pasal intekma resort & convention centre ni boleh tengok kat:

www.intekmaresort.com.my
Tel: 03-5522 5009/5000
Twitter : @intekmarcc
Persiaran raja muda, seksyen 7, 40000 Shah Alam

Lunch Kari Pekat Kat Intekma Pendeta House Resort Lunch Kari Pekat Kat Intekma Pendeta House Resort Reviewed by Dhia Vivadea on 1:20:00 PM Rating: 5

Sponsored ads