Header AD

Cara Cuci Mekap Paling Senang Bila Selalu Travel


Sejak dah tukar profesion jadi blogger, hidup ni takdala memanjang relax. Busy jugak macam masa buat bisnes dulu. Cumanya, jadi blogger lebih fun & enjoy. Boleh jumpa ramai orang, belajar banyak benda baru setiap hari, eh macam-macamlah. Hehe.

Dan setiap kali keluar, tak kira lah nak pergi kedai makan ke, nak tengok wayang or nak attend event, satu benda wajib. Dhia akan mekap simple kat muka. 

Cara Cuci Mekap Paling Senang Bila Selalu Travel


Foundation, bedak, eyeshadow untuk kening, lipstik, maskara. Penting. Satu sebabnya untuk protection kulit masa keluar rumah. Sebab bila keluar terdedah dengan asap, habuk bagai. At least bila tepek foundation, kulit takda lah mudah melekat dengan benda habuk kotor tu ha.

Dan biasanya mekap Dhia ambik masa lebih kurang 15 minit jer. Tak lama pun okayh? Haha! Tapi nak membersihkan jadi masalah sekarang ni. 

Sebelum ni untuk tanggalkan mekap muka, Dhia ada beli satu makeup remover khas untuk muka. Packaging dalam botol, beli kat Sephora. Produk ok. Cuma benda packing dalam botol besar ni susah nak bawak jalan merata. Kan??

Kalau uols jenis suka tepek mekap kat muka, stok kena banyak cenggini ha. Haha
Then, kat FB sebenarnya dah lama dah duk berlegar pasal tisu basah untuk muka jenama Imaan suci wipes. Tapi, cam biasa diya pandang sekali lalu jer. Tak terniat nak try. 

Sampailah, kawan blogger, Zira rekemen untuk try pakai. Ok, macam orang mengantuk disorong bantal. Apa lagi? Dhia try & ok..Best gila!

Mekap senang nak tanggal, bersih habis muka. So senang nak cuci. Lagi satu bila korang travel, nak solat & cuci muka takkan nak bawak botol pencuci mekap besar gedabak tu kan? 

Tu yang Dhia terfikir, packaging imaan suci wipes ni memang kena pada kehendak ramai. Sebab senang nak selit kat handbag, poket seluar. Tinggal ambil dan bersihkan muka, lagi-lagi time tengah nak cepat. 

Thanks Zira sebab berjaya buat Dhia terpengaruh nak pakai Imaan Suci Wipes nih. Haha! Serius selesa pakai. Muka pun rasa bersih je.

Tak percaya? Hah, nah tengok video kat bawah ni. Senang ke tak tanggal mekap. Especially tang lipstick Matte M.A.C tu. Hihi. Bukan senang nak hilang sampai betul-betul bersih sebenarnya.



Kalau rasa nak cuba, korang boleh beli kat Zira okayh?? No Contact dia kat bawah ni: 

Imaan Suci Wipes

Agent ( Zira ) : 019 - 3922261


Cara Cuci Mekap Paling Senang Bila Selalu Travel Cara Cuci Mekap Paling Senang Bila Selalu Travel Reviewed by Dhia Vivadea on 1:13:00 AM Rating: 5

Sponsored ads