Header AD

Atikah Suhaime Persis Fazura Dalam Filem Volkswagen Kuning

Filem Volkswagen Kuning merupakan terbitan filem yang ke 115 pihak MIG. Hasil olahan pengarah baru, Shadan Hashim yang cuba bawa kelainan dalam filem seram di Malaysia.


Filem genre seram tapi motif utama filem terselit unsur pengajaran dan plot cerita berbeza daripada biasa. Antara pelakon yang terlibat seperti Atikah Suhaimi dan Pekin Ibrahim. Pelakon lain boleh tahan jugak cara lakonan mereka. Seperti Amai kamarudin, Fatin Afeefa, Aida Othman, Hanif Safuan, Dayang Areeda, Shahronizam (hantu paling champion), Azman Hasan dan Mak Jah.
Amboi Mak Jah memang kelakar dalam filem ni. Muka serius tapi ada babak yang buat penonton terketawa tak sengaja. Ooopss.Haha.
Mungkin ramai yang merasakan Atikah Suhaimi masih lagi kaku berlakon. Tapi apa yang saya perhatikan ada improvement dalam lakonan Atikah sendiri. Nampak lah usaha Atikah untuk perbaiki tahap lakonan.
Sekali imbas wajah Atikah Suhaime kelihatan persis Fazura. Tak tipu. Ada sikit iras Fazura. Hehe.
Pekin Ibrahim (Fuad) dan Atikah Suhaime (Sarah) mengambil watak sebagai pasangan kekasih yang dah bertunang dan menghadapi gangguan Volkswagen Kuning sewaktu perjalanan balik ke kampung Fuad.


Gangguan yang membuka cerita sehingga 35 tahun dahulu. Filem yang berunsurkan kisah yang jadi buah mulut rakyat Malaysia tentang bagaimana Volkswagen Kuning menghantui pemandu di jalanraya.

Tapi apa yang mencuit hati kami adalah watak Pak Ayob (Azman Hassan), iaitu bapa saudara Fuad yang ohsem. Pak Ayob hero untuk kalini. Haha.

Volkwagen kuning. Alah, dari dulu sibuk duk kecoh cerita pasal hantu kereta volkwagen ni. Tapi, biasalah. Cerita hantu bukanlah kegemaran saya. Sebab walau cerita seram camana pun. Saya akan ketawa punya.  
Tapi, atas jemputan Bro, gagahkan diri untuk pergi pra-tonton filem terbaru terbitan Mejar David Teo, Arahan Shadan Hashim. Haha. Kalau tak kerana dijemput mungkin saya tak tengok wayang hantu. Kecuali zombie. Maafla, saya peminat zombie sebenarnya. Hehe. 
Rupanya beberapa minit pertama Filem Volkwagen Kuning buat saya terdiam. Saya pandang Aril, Aril pandang saya. Kami tersenyum. Sebab watak Pak Ayob, ayat beliau dalam filem ini sangat makan dalam. Tak taula penonton akan perasan ke tak. Tapi, ternyata kata-kata pengarah tu ada betulnya. Dia bawa kelainan dalam filem Volkswagen ni. 
Ini kelainan yang saya nampak. Filem seram, cara pengubatan yang berbeza berbanding biasa. Dan watak Pak Ayob dah macam pengarah pulak. Buat ayat spekulasi. Muka macam serius, blur tapi..
Ternyata Pengarah berjaya membawa kelainan berbanding biasa. At least ada kelainan tu. Expectation saya tidak tinggi melangit. Cuma ingin melihat kelainan dalam filem Malaysia. Mungkin bakal menjadi pencetus  pada perubahan filem Malaysia.
Pengarah berbakat, Shadan Hashim dan Broframestones
Sebab taste saya sangat tinggi. Filem luar negara dah masuk ke satu dimensi berbeza. Dan filem Shadan Hashim ada setitik halus kelainan yang tak ramai perasan. Korang kena cari apa titik kelainan yang saya cuba bagitau ni. 22hb September dah start tayangan filem Volkswagen Kuning.

Kena tengok filem ni. Korang akan faham apa saya maksudkan. Thanks Mejar David Teo, Pengarah dan Bro Framestone sebab berjaya mengubah persepsi saya tentang kualiti pengarah kat Malaysia ni. Semoga lepasni filem seterusnya akan jadi setaraf dimensi luar negara. High imagination.

Owh, Filem Dorm Melati, Hospital dan Love From Kampung bakal ditayangkan jugak nanti. Ok, kalau korang suka cerita seram, Dorm Melati boleh tahan seram musik dia. Haha. Sesuai sangatla untuk korang tu. Iols cuma layan cerita dimensi lain. ;-P

Gambar sekitar pelancaran filem:
macam kakak dan adik tak diorang? hihi
Yeayyy..jumpa jugak ngan kak leha versi lelaki ni.haha
orang cakap kami adik beradik. Yeke? Haha

Dengan blogger yang gila2..



Trailer Rasmi Volkswagen Kuning 2016

Atikah Suhaime Persis Fazura Dalam Filem Volkswagen Kuning Atikah Suhaime Persis Fazura Dalam Filem Volkswagen Kuning Reviewed by Dhia Vivadea on 2:29:00 PM Rating: 5

Post AD