Header AD

Felcra Tak Mahu Pembangunan Di Perak, Kaya Hasil Pertanian

Petani moden, hasil pertanian Felcra sangat dahsyat.
23 dan 24 September lepas, kami para blogger dari media online Hai Blogger! dan rakan media lain menyertai Lawatan Kembara Media Sempena Sambutan 50 Tahun Felcra Berhad. 

pembenihan padi felcra seberang Perak
Hari pertama kami tiba, walaupun mulanya sesat seketika, kami disambut mesra oleh pihak Felcra dan penduduk di Seberang Perak. Saat melabuhkan punggung, kami dihidang pula dengan buahan tempatan (durian, langsat, rambutan,etc) dan makanan tengahari. 
Kebetulan memang tengah mencari rambutan manis longkah. Di Felcra Seberang Perak baru jumpa rambutan yang bagi saya rasa sangat perfect dan sedap!
Selamba badak aku pergi tapau rambutan satu beg. Nak beli tapi pakcik Felcra tak bagi. Haha.
Felcra Berhad. Mungkin sebelum ni saya tidak berapa tahu mengenai siapa Felcra sebenarnya. Dan hanya terbiasa mendengar tentang Felda sahaja. Sekarang baru saya faham tentang Felcra, ekonomi puluhan juta ke billion ringgit, malah ada pelbagai bidang ekonomi yang mereka ceburi sebenarnya.
Felcra ditubuhkan sejak tahun 1966 dan mula dikorporatkan menjadi Felcra Berhad pada tahun 1997. Felcra Berhad berperanan untuk memajukan kawasan luar bandar serta membangunkan ekonomi penduduk luar bandar. Sehingga tahun 2014, Felcra Berhad telah membangunkan lebih 255,352 hektar tanah dan mempunyai lebih 98,898 peserta. 

Felcra Tak Mahu Pembangunan Di Perak, Kaya Hasil Pertanian

Kemudian pada tahun 1985, Koperasi Peserta - Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak Berhad ditubuhkan. Peserta terdiri daripada kalangan penduduk di Felcra Seberang Perak itu sendiri. Koperasi ditubuhkan untuk mencapai kemajuan ekonomi peserta Felcra semaksima yang mungkin.
Aset Felcra dianggarkan bernilai melebihi RM17 bilion. 
Menurut pihak Felcra Seberang Perak, mereka tidak mahu tanah sawah dibuat pembangunan seperti yang berlaku pada  Paya Indah Wetland, yang mana status tanah pertanian di situ ditukar menjadi kawasan pembangunan.

Kategori benih padi di Seberang Perak
Yelah, tengok pada pencapaian ekonomi Felcra sendiri, mereka boleh berdiri sendiri dan mempunyai aset yang sangat luarbiasa banyaknya. Dan sumber utama ekonomi mereka daripada tanah sawah itu sendiri.


Malah tanah sawah menghijau boleh dibuat tempat menarik untuk rakyat kunjung dan jadi antara keunikan di Seberang Perak.

Dari mana hasil ekonomi Felcra Dijana?

Teknologi transplanter untuk pembenihan padi
  1. Projek pertanian ( kontrak pensawahan, kontrak sawit, kontrak tanam semula sawit, kontrak JPS, pengangkutan & kejenteraan.  )
  2. Mini estate sawit ( Tanah Tapah 250 ekar, Tanah Tanjung Tualang 50 ekar)
  3. Kontrak teknikal (mahkamah baru Tapah, SMK Changkat Lada, Masjif FB Nasaruddin, Bota, Landskap Teluk Batik, Bio Valley FB, Infra Pensawahan, Rumah Penyelia, Kolej Felcra Bhd)
  4. Pemasaran & trading (coopmart, coopcafe, stesyen minyak, pengedar baja & racun, 
  5. Homestay Coop
  6. Ar-Rahnu Exchange Bank Rakyat
  7. Perladangan - Pembekalan benih padi negara menggunakan teknologi transplanter & gyroplane. Tanah sawah untuk pembenihan padi di seberang Perak sahaja sudah mencecah hingga 10,000 ekar. Dan ianya adalah milik peserta Seberang Perak itu sendiri.
  8. Penternakan (pembiakan & fidlot)
  9. Hartanah
  10. Stesen janakuasa
  11. Hab perdagangan (pemakanan & pertanian)

Glemer sangat geng HaiBlogger ni ha. haha. Aku tengok gambar , ketawa sensorang tengok masing2 kemainnn lagiii.haha
Antara aktiviti yang menarik perhatian kami sewaktu kembara media di Seberang Perak antaranya:

Pembenihan padi menggunakan transplanter. Teknologi transplanter membantu jimatkan masa dan tenaga. Tanah sawah seberang Perak dikatakan seluas 10,000 ekar milik peserta. Woww! Orang Felcra kaya weh. 

kredit gambar Neyra

Pertanian sumber utama kekayaan mereka. Sebab tu mereka tak mahukan tanah sawah tu ditukar untuk dibuat pembangunan seperti perumahan. 

Mereka sendiri mampu untuk bangunkan projek perumahan sendiri. Malah, harga rumah dua kali ganda lagi murah dari harga pasaran. (Tapi, hanya khas untuk anak Felcra sahaja)

Dan teknologi Gyrocopter pula digunakan untuk menyembur racun dan baja. Lagi cepat dan pantas!

Gyrocopter
abam pilot gyrocopter
Teknologi Ebee Drone pula digunakan untuk mapping tanah untuk tahu berapa luas dan berapa banyak benih yang nak ditanam. Teknologi Switzerland bernilai RM180,000 yang tak perlu dikawal. Hanya perlu di set dan drone akan bergerak sendiri pergi dan balik.

Ebee Drone kredit gambar Neyra
Sepanjang dua hari kat Seberang Perak, setiap pitstop memang kitorang akan dapat goodies banyak gila. Dapat beras 3kg, bilis berkilo2, kerepek, makanan, kain pasang, hamper, hadiah elektronik cabutan bertuah, eh banyak lagi lah. Tak pernah mana-mana event dapat sampai banyak macamni. Tapi, yang mengagumkan saya Felcra punya ekonomi sangat dahsyat weh. Pertanian menjana ekonomi hingga puluhan juta setahun. Aset nilai hingga billion ringgit.

credit gambar Neyra
Gambar sekitar Kembara Media Di Felcra Seberang Perak:

Untuk lihat aktiviti lain boleh rujuk di Facebook Felcra Berhad

Media dan bloggers bersama Felcra Seberang Perak
Geng HaiBlogger yang gila. hahah
Produk baja yang dicipta oleh Felcra 
Sibuk Check In sampai saja di swiss garden resort damai laut
Penerangan mengenai teknologi ebee drone untuk mapping tanah
Dinner networking
Macam banyak pulak aku sental
Ronda2 kawasan Felcra
Untuk faham lebih lagi tentang Felcra, korang boleh jugak tengok video kat bawah:

Felcra Tak Mahu Pembangunan Di Perak, Kaya Hasil Pertanian Felcra Tak Mahu Pembangunan Di Perak, Kaya Hasil Pertanian Reviewed by Dhia Vivadea on 5:02:00 PM Rating: 5

Sponsored ads