Header AD

Rasa Sebel Sebab Tak Dapat Join Larian Marathon IJM Land 2016


Hemm.. Pagi ahad lepas, 16 Ogos pergi menapak kejap usyar larian Marathon IJM Land kat  Dataran Centrio Seremban 2. Dalam hati rasa macam, hisy geramnyaaa sebab haritu tak dapat nak daftar masuk.

Rasa Sebel Sebab Tak Dapat Join Larian Marathon IJM Land

Yelah, peserta yang terlibat tak silap 6 ke  7 ribu orang. Ingat dapatla kan menyelit sikit jadi peserta. Tapi penyertaan dah penuh awal-awal. Sigh. Bila jadi peserta macam-macam dapat weh. Dapat medal semestinya. Tang makanan pulak dapat pisang, burger McD, banyak lagi. Aku tak sempat nak belek.


Dalam artikel sebelum ni, saya ada sertakan details Hadiah Untuk Peserta Acara Larian Marathon IJM Land.

Dan acara paling best, lucky draw. Hadiah boleh tahan dasyat jugak. Aircond, TV, I Phone 6s, banyak lagi lah. Antara momen paling best haritu, bilamana satu keluarga India menyertai acara larian ni. Serius, rasa macam.. Sporting nya diorang!

Tak pasti samada satu family atau mungkin juga daripada wakil sekolah ke kan? Yang pasti nampak perpaduan antara diorang.
Ehem untung adik ni dapat tv besar.
Tahun 2016 merupakan tahun ke-5 acara larian anjuran IJM land. Aktiviti larian diadakan di Seremban 2 dan menurut Mr Edward Chong, Managing Director IJM Land, dari awal tujuan larian seumpama ni diadakan intuk merapatkan hubungan sesama masyarakat dan saling berinteraksi menikmati larian mereka. Sesuai dengan tagline mereka iaitu " Run together, bond together".
Menurut beliau juga, acara larian tahun ni turut menyokong penuh dan memberi penghargaan pada usaha "unsung hero" yang selama ni memainkan peranan penting dalam meningkatkan kualiti hidup dalam masyarakat iaitu Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan (Hospice) dan Malaysia Lysosomal Disease Association (MLDA).  
Macam yang saya sebut sebelum ni, acara larian tahun ni ditambah nilai sehingga 21km jarak larian. Yang mana terbuka kepada dua kategori iaitu:

  • 21km untuk peserta lelaki dan perempuan dari usia 18 hingga 45 tahun ke atas
  • 10km untuk remaja 

Pemenang yang habiskan larian 21 km lelaki Chinese, wanita pula rasa macam omputih je pesertanya. Hehe.


Fuhh dasyat lah diorang dapat habis 21km weh!
Sempat jugak snap gambar salah seorang peserta. Abang ni rasanya memang minat bab larian sebab katanya ada lagi acara larian kat Shah Alam pula lepasni. Hehe

Selain dapat makanan, peserta larian dapat goodie bag yang berisi medal customade dan sijil penyertaan.  Tajaan penuh oleh BMW Millenium Welt Seremban. Untuk pemenang pertama hingga 10 dalam 6 kategori pula dapat hadiah berupa cermin mata jenama Sworke Optimus ( 2 frames + revo lens )
Best kan? Memang acara larian anjuran IJM Land terbaik sebab acara macamni menyatupadukan semua kelompok masyarakat. Kagum.

Antara kemudahan lain yang disediakan masa acara paling best lah, ada tandas berderet. Senang nak memerut kalau agak-agak peserta rasa nak terkucil.
Persembahan khas semasa pelancaran majlis
Tandas bergerak 
Bro cam biasa lah kena kerumun peminat

Lepak lu..
Ni baru suku peserta. 

Yeah! Tahun depan nak join. haha
 Baca Juga Satu-Satunya Sekolah Di Malaysia Percuma Saja Untuk Anak Gelandangan




Rasa Sebel Sebab Tak Dapat Join Larian Marathon IJM Land 2016 Rasa Sebel Sebab Tak Dapat Join Larian Marathon IJM Land 2016 Reviewed by Dhia Vivadea on 10:35:00 PM Rating: 5

Sponsored ads