Header AD

Puas Hati DIY Almari Baju Ikea Bawah Budget RM500


Haih, sebenarnya terfikir nak ubah suai bilik kat rumah ni sebab terpengaruh dengan decor bilik ala-ala diva. Haha. Tapi, kalau dah namanya ada laki takda maknanya nak diva sangat. Semua kena kongsi. Termasuklah almari baju.

Saya memang dari dulu kreatif. Bukan angkat bakul sendiri ek. Haha. Tapi saya jenis suka DIY. So, bila dah ada rumah sendiri ni, pempaham je lah kalau bab decor rumah. Tapi, takdala buat terus sekali gus beli semua benda. Sikit-sikit saya beli.



Puas Hati DIY Almari Baju Ikea Bawah Budget RM500

Sebab beli sikit2? Mana taknya, bila sampai IKEA saya akan fikir dua tiga kali. Perlu ke tak. Dah berkali kerja nak ulang alik IKEA beli barang. Haha.

Lagi tambah serabut bila tang memilih dan pasang barang IKEA ni. Pening weyh! Sebab barangnya semua berpecah banyak bahagian. Last2 dapat jugak siap DIY almari baju dengan budget RM500.

Sebenarnya ada lagi barang yang belum ada. Macam para untuk letak atas rail baju. Itu kat IKEA RM90 sebiji. Jadi total budget RM600 haha. Tapi macam terlebih sikit je nanti? Sebab belum tambah barang2 lain. 

Takmo beli lemari besar sebab entahla.. Rasa tak best kot? Ke sebab nak budget? Haha. Taklah, sebabnya dya xsuka perabot dalam rumah pack sangat. Nak angkut satu hal, pastu semak je rasa.
Kalau korang rasa nak ruang almari yang besar tapi budget ciput, bolehla try cara saya arrange ni ha. Hehe.
Nah rupa sebelum pasang DIY almari baju IKEA:

Satu bilik ni memang khas untuk baju dan bilik mekap. Ni baru fasa almari. Fasa meja mekap dan cermin besar belum lagi.
Selepas DIY:

Banyak lagi nak add on untuk bilik ni. Para atas baju, cermin besar gabak, meja solek, cermin solek, almari khas utk barang mekap dan aksesori. Haha.
Dengan budget RM500 dah boleh dapat ruang almari yang harga riban kat luar sana. Cuma takda la hiasan cantik macam lemari pasang siap kan? Yang penting kemas & senang nak kemas bilik.

Bahan yang korang perlu untuk DIY Almari 1st sekali cari jenama Algot. Kalau kat IKEA Damansara korang boleh usyar kat rak belakang paling hujung sebelum nak membayor kat kaunter. Kiranya kalau dari arah ruang pameran tu pergi tingkat bawah IKEA.

Bahan mix and match ALGOT:
  • Set penyangkut baju cari jenama MULIG cloth bar. Satu batang mulig boleh dipendek dan dipanjang daripada 60 cm hingga 90 cm. Dinding bilik saya panjang 280cm. Jadi saya pasang 3 set mulig dan ada ruang sikit di tepi dinding.  Total 3 penyangkut baju MULIG RM180.
Setel TOTAL RM445 jer. Biasanya kalau almari ready made sebesar camni 2 ribu lebih. 










Puas Hati DIY Almari Baju Ikea Bawah Budget RM500 Puas Hati DIY Almari Baju Ikea Bawah Budget RM500 Reviewed by Dhia Vivadea on 9:00:00 AM Rating: 5

Sponsored ads