Header AD

Berbaloi Kudapan Tengahari Di Street Churros IOI Mall Putrajaya


Untuk peminat Churros di Malaysia, sekarang korang dah boleh dapatkan churros fresh made in Korea terus kat IOI Mall Putrajaya. Churros di Cafe Street Churros ni dibuat on the dot dan bukan goreng bahan frozen tau.


Berbaloi Kudapan Tengahari Di Street Churros IOI Mall Putrajaya 


Tepung churros yang diimport sepenuhnya dari Korea ni menggunakan mesin khas, terus deep-fry dan disalut dengan pelbagai jenis filling seperti cheese, coklat, strawberry, etc.

Mesin khas membuat churros
29 Ogos lepas baru sahaja berlangsung majlis perasmian Kafe pertama street Churros di Ioi Mall Putrajaya. Sepanjang waktu pembukaan, kafe tak henti dari menerima kunjungan orang ramai. Ada 4 jenis menu utama yang diperkenalkan di kafe iaitu:

Baca Juga Bazar Terbaik Di Seremban

1. Original Churros

Original churros didatang kan dengan 3 perisa berbeza iaitu  cheese, chocolate dan cinnamon. Paling best perisa cheese. Anda juga boleh memilih untuk mencicah churros masing-masing dengan 4 perisa jem berbeza iaitu  strawberi, chocolate, blueberry, cream cheese. Tambahan pencicah hanya berjumlah RM1.50 sebekas.


Churros Cheese
Signature horse shoe shaped
Apa yang menariknya, Churros yang dijual berbentuk "horse-shoe shaped" dan ianya dijual dengan harga yang sangat berbaloi RM4.90 sahaja.
Carilah churros kat tempat lain, harga biasanya lebih mahal daripada Street Churros Cafe nih
2. Filling-Chu

Kategori menu terbaru iaitu Filling Chu adalah churros yang mengandungi inti jem di dalamnya. Menu ini digelar sebagai filling-chu. Churros berinti yang crunchy di luar tapi meleleh melting di dalam. 
Hati-hati bila gigit menu filling-chu sebab inti dia mewah dan akan meleleh terus ke lantai 

Filling-Chu dijual dengan harga RM7.90 dan diperisakan dengan 3 jem berbeza seperti bluberi, cream cheese dan coklat. 

3. Ah-Chu

Tak ketinggalan juga untuk peminat aiskrim. Kini anda boleh mencicah aiskrim anda bersama churros pilihan. Gabungan kedua perisa akan menambahkan umph dalam seleksi aiskrim anda. Ah- Chu dijual dengan harga RM7.90 dan mempunyai 4 perisa berbeza seperti choco choco, strawberi, plain vanilla, choco berry.

Ah Chu- Gabungan Aiskrim dan Churros
4. Lattes

Dah puas meratah churros, takkan takda air kan? Untuk makluman, di kafe Street Churros turut menghidangkan 7 jenis air berbeza rasa. Paling best air pisang. Terasa seperti anda makan pisang fresh cuma dalam bentuk air. Rasa dia memang pekat. Harga jangan cakaplah. Memang berbaloi dan berpatutan, RM7.90 untuk saiz biasa.


Akan datang, pihak Street Churros akan membuka lagi cawangan mereka di serata Malaysia. Hah, tau dah mesti korang rasa ta zabarrr nak ngetest churros kan? Halah, pergi terus ke IOI Mall Putrajaya, cari kafe Street Churros. Serius rasa dia memang pekat melekat kaw2.

Sekitar majlis pembukaan, ehem jangan tak tau kitorang siap bertambah order menu (terutamanya air banana ) sambil borak dengan kawan-kawan lain. Hehe.



Bro & eddy
maha & adzril
Pemilik kafe bersama PA
amboiii maha..heheh


Freshly made

Gambar cantik dirakam sepenuhnya menggunakan vivov3max tanpa edit

Berbaloi Kudapan Tengahari Di Street Churros IOI Mall Putrajaya Berbaloi Kudapan Tengahari Di Street Churros IOI Mall Putrajaya Reviewed by Dhia Vivadea on 12:06:00 PM Rating: 5

Post AD