Header AD

Sambutan Majlis Hari Raya MIG Pictures Bersama Bloggers


Pertama kali pihak Mig Pictures anjurkan majlis sambutan hari raya bersama bloggers. Thanks bro syukri sebab jemput kami untuk turut serta dalam majlis ni.

Majlis dibuat kat ecurve, di Restoran PakJohn Steamboat. Baru aku tau kat sini ada steamboat. Biasa kalau jalan-jalan area sini takda tempat lain nak pergi selain IKEA. Jerr. Hihi.

Sambutan Majlis Hari Raya MIG Pictures Bersama Bloggers 

Majlis sangat happening. Cuma ada satu seafood aku nak try makan. Sebab teringat mama cakap geli nak makan benda tu. So, saje try sebab pelik kenapa lah mak aku tak suka seafood jenis ni.

Makanan yg dimaksudkan dalam shell panjang tu ha weh.
Bentuk panjang dan isi dalam macam "ehem lelaki" lepas siap masak. Eh, ke fikiran saya je terfikir nampak macam tu? Haha. Sorry adik2, akak tak sengaja sebab memang serupa. Haha!
Sekali makan ngap dalam mulut, pehh. Memang tak sedap. Nyesal aku cuba. Sekali je lah weh. Tak kena tekak aku sebenarnya.
Tapi menu lain, memang best! Paling sedap daging lembu, ayam. Seafood lain pun best cuma saya tak ambil banyak sangat. Takut tak habis kalau tamak sangat ambik banyak. Hehe.

Tengok je lah kat bawah ni weh, menu banyak gila sampai rambang mata tak tau nak ambik yang mana.








Habis majlis, Mr David Teo belanja kitorang wayang Santai Zack Kapcai. Macam tau-tau je, saya tengah stress rumah bersepah macam tongkang pecah. Hihi.

Paling syiok bila jumpa kawan-kawan blogger yang lain. Ok, tu jer nak cerita sebenarnya. Hehe. Cerita lain kita sambung esok. Bai.










Sambutan Majlis Hari Raya MIG Pictures Bersama Bloggers Sambutan Majlis Hari Raya MIG Pictures Bersama Bloggers Reviewed by Dhia Vivadea on 2:30:00 PM Rating: 5

Post AD