Header AD

Kod Warna Lipstik MAC Untuk Bibir Natural Pink Macam Gadis Korea

Kadang tu, ada wanita jenis tak suka mekap tebal bila keluar rumah. Tak berapa selesa bila tepek lipstik merah menyala. Alah, mengaku je lah korang tu nak wajah natural beauty persis ala-ala korean look kan?

Nak bibir nampak natural pink senang je. Tepek lipstik warna pinkish ataupun lipstik merah darah. Tapi jangan pergi tepek seluruh bibir pulak. Scroll sampai bawah untuk tengok teknik tepek lipstik.

Untuk hasil bibir korean look, ada orang akan tepek extra foundation atas bibir. Tapi, saya tak buat tutorial ni lagi sebab nak cepat. Korang kalau agak-agak nak cepat bersiap, ada masa ke nak tepek foundation atas bibir tu ha? Heheh.

Biasanya takda jenama lipstik selain M.A.C yang akan saya guna. Sebab belum jumpa lagi lipstik yang kena dan sesuai dengan bibir. Bibir saya jenis kering, tapi masih boleh apply lipstik jenis matte dari M.A.C. Lipstik mac tak terlampau kering, tapi tahan lama.

Korang boleh bandingkan wajah sebelum pakai lipstik dan selepas pakai lipstik mac kat bawah ni:

Gambar non edit using vivov3max
Beza ketara gila kan?? Sebab tu la bila nak keluar kena pakai lipstik. Sebab muka akan nampak super pucat bila tak tepek apa-apa. Nampak makcik-makcik pun yer jugak weh. Haha!

Korang boleh guna lipstik M.A.C code:
  • Vivaglam Miley Cyrus (lipstik ni bukan jenis matte, moist sikit)
  • Russian Red ( jenis matte )
Dua code ni warna kegemaran saya. Ada banyak lagi warna best-best kat M.A.C. Alah, kalau korang rasa lipstik brand lain sesuai dengan bibir, boleh jugak tepek untuk dapatkan hasil korean look. Pilih warna yang sesuai ok?

Kod Warna Lipstik MAC Untuk Bibir Natural Pink Macam Gadis Korea Kod Warna Lipstik MAC Untuk Bibir Natural Pink Macam Gadis Korea Reviewed by Dhia Vivadea on 12:22:00 PM Rating: 5

Sponsored ads