Header AD

Jenis Cat Litter Paling Best Untuk Kucing


Okeh, korang dah berjaya ajar kucing kencing berak dalam tandas ke belum? Hehe. Ni ha, saya nak share kat korang jenis cat litter paling best untuk kucing.


Jenis Cat Litter Paling Best Untuk Kucing


Dari hasil kajian, saya ambil keputusan menggunakan cat litter jenis Pine wood. Sebab:
  • Serapan kencing kucing terbaik
  • Bau kayu menutup bau najis kucing
Bila pinewood terkena cecair, dia akan mengembang macam tanah halus.
Harga pinewood brand FIDO 10kg RM30 dan boleh tahan sebulan lebih. Kalau kucing korang banyak balik kampung, boleh jimat lagi lah. Sebab kat kampung tak perlu cat litter. Tanah berlambak kat kampung untuk jadi tandas kucing.

Kalau guna jenis pine wood, beli tandas kucing jenis ada penyaring. 

Pernah juga, saya try beli brand lain jenis pinewood jugak. Warna coklat gelap. Saya tak ingat nama brand. Harga lebih kurang brand Fido. Tapi bau dia tak best. Kalau brand FIDO, bau kayu memang kuat. Najis kucing pun tak bau sangat. Tapi brand lagi satu yang saya guna tu tak boleh nyahbau. 

Ada jugak terbaca orang guna cat litter jenis kristal. Tapi saya kaji2, cat litter ni tak berapa best sebab:
  • Najis kucing masih melekat
  • Potensi najis bersepah sebab melekat kat kaki kucing korang
  • Tak elok utk kucing bila jilat kaki, kristal akan masuk badan
Tu yang saya baca lah kan. Tak pernah guna lagi, so tak tau. Lagipun saya rasa jenis pine wood ni lebih best. Malas nak tukar- tukar.
Jenis Cat Litter Paling Best Untuk Kucing Jenis Cat Litter Paling Best Untuk Kucing Reviewed by Dhia Vivadea on 12:29:00 AM Rating: 5

Post AD