Cara Berkesan Bunuh Tungau Dan Bersihkan Telinga Kucing

Cuba cek telinga kucing korang. Bersih tak? Atau macam ada kudis and taik telinga sentiasa ada? 1st time cek di vet, telinga Mel ni memang bersih cuma ada taik telinga la.  Masa tu saya tak pandai lagi bersihkan telinga kucing.

Jadi, masa jumpa doktor haiwan, saya minta ajarkan cara bersihkan telinga kucing. Masa rutin nak cek Mel ni, telinga akan diperiksa juga. Doktor akan ambil sikit sample dari telinga kucing untuk test ada tungau atau tak.
Tungau/mites tu apa pulak kan? Ingatkan kutu, rupanya bukan. Nak tahu telinga ada tungau atau tak, bila kita dah bersihkan telinga kucing, akan ada lagi taik telinga banyak macam sebelum dibersihkan. Dah bersih pun masih ada lagi.

Kalau korang tak bunuh mites tu, telinga kucing akan berkudis dan ada fungus sebab kucing akan menggaru telinga bila gatal. Boleh luka.

Lepas dah setel urusan dengan doktor, Mel takda tungau. Hanya taik telinga biasa. Tapi, bila setiap kali cuci telinga Mel, taik telinga still banyak. Tanya doktor, ciri2 tungau nak membiak macamtu. 
Luckily, sebelum tu saya ada pergi petshop di muar, Johor. Owner kedai pernah menang anugerah kucing terbaik and ada rekod yang best tentang kucing. So, dia ajar saya apa barang yang perlu untuk bersihkan telinga kucing dan bunuh mites dalam telinga.
Dua produk brand ni yang disyorkan:

Cara Berkesan Bunuh Tungau Dan Bersihkan Telinga Kucing 1
Dah 3 bulan guna pun , masih banyak lagi. Hehe

Cara Berkesan Bunuh Tungau Dan Bersihkan Telinga Kucing

Botol biru besar
  • Penggunaan setiap hari, letak kat cotton bath sikit dan bersihkan telinga kucing, termasuk bahagian dalam telinga. Mintak vet doc ajarkan kalau korang belum tahu cara bersih. Sebab telinga kucing bentuk L kat dalam. Tak sama macam kita.
Botol putih kecik (brand johnson’s ear drop)
  • Titis ke dalam telinga kucing selama seminggu. Titis dalam 3,4 titis, pegang dulu leher kucing korang. Biarkan titisan tu meresap kejap. Kena pegang leher, kalau tak kucing akan terus kibas telinga, nanti cecair akan bersepah keluar dari telinga.
  • Kemudian, habis seminggu titisan, hentikan beri ubat titis selama seminggu juga. Ulang semula selepas seminggu. Selang seli.
Saya buat 3 bulan, sekarang ni telinga kucing tak kotor dah macam sebelum ni. Jarang2 nampak telinga Mel kotor. Tapi, saya bersihkan jugak telinga dia tanpa titisan dah. Hanya guna ear cleaning solution tu je (botol biru).
Bersihkan kucing korang kalau sayang kucing.

One comment

  1. Johnson ear drop tu setiap hari sekali and dalam tempoh seminggu and stop utk seminggu? Mohon penjelasan. Terima kasih 🙏

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *