Header AD

Cara Ajar Kucing Berak Dalam Tandas

Rujuk pada post keputusan bela kucing 3 bulan lepas, antara perkara pertama saya buat sebaik saja sampai kat rumah adalah? Saya terus bawa kucing masuk tandas. Untuk makluman, saya ada buat sedikit research tentang cat litter apa yang sesuai untuk kucing sebelum saya bawak kucing balik rumah sendiri.

Catlitter jenis pinewood
Ada banyak saranan antaranya guna cat litter jenis kristal, pinewood, etc
Yelah, kalau dah duk rumah taman, kucing pulak tak leh lepas luar disebabkan kawasan kejiranan ni kan macam2 ragam. Jadi, kucing korang nak "melepas" kat mana?

Benda paling merisaukan bilamana kita sebagai penjaga kucing ni pening nak fikir macamana lah nak ajar kucing kencing/berak kat tandas. Kan?

Jadi, benda pertama korang kena buat sebaik saja jejak kaki kat rumah?

Masuk ke tandas dan pastikan tandas kucing siap cat litter dah tersedia. Kucing akan blur pada awalnya. Tempat baru dan asing. So tak tau nak buat apa dalam tandas tu. 

Jadi, korang kena membuang jugak dalam tandas tu. Tunggu sekejap sampailah kucing korang pun membuang dalam tu. Kalau masih tak membuang, relaks dulu. Keluar lah dari tandas.

Cuba lagi 2nd round bawak kucing korang masuk tandas lagi sekali. Buat sampailah dia kencing kat situ. Nanti dia faham kat situ tempat untuk "membuang".

So far, Si Mel pertama kali saya masuk tandas dengan dia. Dia dah faham dah. Cepat belajar. So sesi pembelajaran selesai. Hehe.

Baca Juga Cat Litter Terbaik Untuk Tanda Kucing Anda.
Cara Ajar Kucing Berak Dalam Tandas Cara Ajar Kucing Berak Dalam Tandas Reviewed by Dhia Vivadea on 8:39:00 PM Rating: 5

Post AD