Header AD

Apa Nak Buat Bila Bulu Kucing Tercabut Dan Luka

Kucing saya ni jenis degil. Dia suka panjat tingkap rumah. Kalau ruang tu luas takpe la jugak. Ni badan dahla gemok. Sebolehnya nak selit celah belakang grill tingkap. Haisy.


Bayangkan ruang sempit kat tingkap tu macamana? Selit kat belakang. 

Satu hari tu, bulu kucing tercabut, cantik je bentuk bulat. Bukan 1 tempat ok? Sampai 2 tompok bulat besar wehh.. Geramnya masa tu.

Bila dah tercabut, memang nampak la kulit kucing. Saya tak letak apa-apa masa tu sebab tak tau nak buat camana. Kalau disentuh nanti sakit pulak. Jadi, Mel biasanya akan jilat kat luka tu. Saya biarkan.


Lepas beberapa hari camtu, luka dah kering. Tapi macam ada kudis kat tompokan luka tu. So, saya kopek ler kudis tu. Haha! Seminggu jugakla luka tu ada fungus, bulu tak tumbuh sangat.

Sampai je kat vet untuk rutin macam biasa. Doktor kata ada fungus kat luka Mel. Bila tak letak ubat memang akan ada fungus walaupun kita dah bersihkan (kopek kudis tu).

Apa Nak Buat Bila Bulu Kucing Tercabut Dan Luka

Jadi, doktor bagi sejenis ubat titis Clotrin Ear Drop berharga RM30 sebotol kecil. Caranya, titis setitik dua dan ratakan keliling bulatan luka kucing. Especially di bahagian tepi bulatan. Sebab fungus biasanya ada kat sekeliling hujung bulatan luka tu.
Ubat ni tidak berbahaya kalau kucing korang jilat ubat ni kat luka tu

Alhamdulillah, lepas seminggu luka dah takda, fungus pun hilang. Malah bulu kucing tumbuh balik tanpa masalah. Setel masalah.

Lepasni kalau kucing ada luka, memang akan guna ubat clotrin ni untuk cepatkan proses penyembuhan. Hehe.
Apa Nak Buat Bila Bulu Kucing Tercabut Dan Luka Apa Nak Buat Bila Bulu Kucing Tercabut Dan Luka Reviewed by Dhia Vivadea on 8:56:00 AM Rating: 5

Sponsored ads