Header AD

Apa Nak Buat Bila Bela Kucing Di Rumah


Weh, dah habis mood beraya ke belom?? Kitorang ni raya ke 5 dah balik rumah dah. Masing-masing dah mula dengan kerja  dan komitmen. Saya? Macam biasalah. Komitmen dengan media sosial dan kerja blogging. Hehe.

Ni ha, nak cerita. Saya ambil keputusan bela kucing 3 bulan lepas. Tergerak hati nak bela sebab tengok mata kucing tu macam nampak universe sebenarnya. Tetiba time tu jugak tanpa plan apa, with zero knowledge, saya angkut bawak balik rumah weh. Pheww.

Dari situ, saya mula rajin buat research tentang kucing di pakcik Gugel. Lama-lama saya jadi terbiasa dan faham dengan karenah kucing.
Takda la susah sangat pon

Jadi, apa benda 1st nak buat kalau nak bela kucing nih? 

Hantar kucing pergi vaksin di klinik haiwan berdekatan

Kucing saya umur 4 bulan masa tu, jadi saya terus ke Vet Chinta Qaseh Seremban 2 untuk suntikan vaksin.

Bulan pertama hantar, saya ambil pakej penuh berharga RM50. Dalam pakej ni ada:
  • Suntikan Vaksin
  • Ubat kutu
  • Ubat cacing

Masa tu tak tau sangat, so ambik la full pakej kan. Sebenarnya tak perlu pun. Kalau nak jimat, korang hanya perlu vaksin je kucing dengan harga RM30.

Vaksin untuk pertama kali, kena buat 3 bulan berturut. Lepastu repeat vaksin hanya setahun sekali. See? Mudah kan? 

Ubat Kutu pulak, beli syampoo kutu kat petshop. Tapi syampoo kutu ni mandikan kucing sebulan sekali saja. Tak boleh selalu nanti kulit kucing kering. Bulu boleh gugur.

Ubat cacing pun beli kat petshop dengan harga RM4.50 untuk sebiji. Bagi kucing makan separuh biji sahaja sebulan.

Tapi sebelum tu, dapatkan nasihat dari doc vet atau owner petshop berapa banyak boleh bagi ubat cacing kat kucing korang. Sebab portion pil kena bahagi ikut pada berat kucing.

Pentingke Ubat Cacing? Yess, semestinya. Kalau tak..
Perut kucing korang akan nampak gemuk, lepastu kuat makan. Sebab cacing yang duk makan bukan dia. Kesian la kucing korang. 
Kucing saya jenis bulu tebal dan panjang. So, walaupun ambik dari kampung. Bab makanan sangat cerewet. Next, saya akan cerita makanan terbaik untuk kucing korang.

Semua info ni hasil kajian dari gugel dan tanya ngan doc. Harap membantu korang yang teringin bela kucing. Nak bela, kena betul2 jaga. Hehe.

Apa Nak Buat Bila Bela Kucing Di Rumah Apa Nak Buat Bila Bela Kucing Di Rumah Reviewed by Dhia Vivadea on 12:21:00 PM Rating: 5

Sponsored ads