Header AD

6000 Peserta Terlibat Dalam Acara Larian Marathon 21km Ijm Land Ogos Ini

Tahun 2016, masuk tahun ke-5 untuk acara larian anjuran syarikat hartanah Ijm Land Berhad. Aktiviti larian akan diadakan di Seremban 2 pada 14 Ogos 2016 dengan penyertaan seramai 6000 orang.
Biasanya acara larian hanya melibatkan jarak sejauh 5km dan 7km. Tapi, tahun lepas pihak IJM menambah jarak larian sehingga 20km dan agak mengejutkan bilamana acara larian tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta.

6000 Peserta Terlibat Dalam Acara Larian Marathon 21km Ijm Land Ogos Ini

Jadi, tahun ni pihak IJM meletakkan target baru untuk acara larian sehingga 21km. Kategori larian terbahagi kepada:

  • 21km - Peserta lelaki dan wanita dari usia 18 tahun hingga 45 tahun ke atas
  • 10km - Remaja berusia 12- 17 tahun
Peserta terpantas yang berjaya mendapat tempat pertama 3 tahun berturut, akan menerima trofi khas dari IJM Land. Rujuk gambar di bawah. 
Trofi sebagai penggalak semangat masyarakat untuk terus melibatkan diri dalam aktiviti larian sihat seperti ini.
Para peserta yang terlibat dan berjaya menghabiskan larian masing-masing akan mendapat medal (semestinya), sijil dan goodie bag khas tajaan BMW Millenium Welt Seremban.



Manakala 10 peserta dalam 6 kategori yang mendapat tempat pertama hingga ke-10, akan mendapat tambahan hadiah berupa kacamata jenama Sworke Optimus ( 2 frame + Revo lens ).


Cabutan bertuah juga akan diadakan nanti. Hadiah berupa 10 pasang Swork Primus siap polarised lense.


Kalau anda tak berkesempatan mendaftar sebagai peserta tempoh hari, anda boleh juga hadir ke acara larian nanti. Akan ada aktiviti lain boleh didapati secara percuma seperti pemeriksaan kesihatan secara, konsultansi perubatan Tradisional Cina, pemeriksaan tulang dan postur badan, program derma organ. Jangan lupa untuk terlibat dalam acara cabutan bertuah yang bernilai melebihi RM 25, 000.

Sponsor yang terlibat antaranya seperti BMW Millenium Welt Seremban, Sworke, TDK, 100 Plus, Ice Mountain, Mydin, matrix, Yakult, Mc Donald's, Spine & Joint.

Kalau dah aktiviti meriah cenggini, sah la aku akan pergi nanti. Kot-kot dapat hadiah lucky draw ke kan? Hehe.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman www.ijmlandrun.com 


6000 Peserta Terlibat Dalam Acara Larian Marathon 21km Ijm Land Ogos Ini 6000 Peserta Terlibat Dalam Acara Larian Marathon 21km Ijm Land Ogos Ini Reviewed by Dhia Vivadea on 9:37:00 AM Rating: 5

Sponsored ads