Header AD

Kamera Vivo V3Max Lebih Best Dan Berbaloi Berbanding Iphone

Sebenarnya Diya minat Iphone6. Sebab orang cakap iPhone ni best. Haha. Tapi, bila tengok harga, memang cekik leher wehh. Beli iMac sebijik 6k takpe lagi sebab barang besar terpampang depan mata. Tapi kalau bab handphone ni. Alahaii.

Tahun lepas dah duk belek Vivo. Saya ni jenis pentingkan kamera sebab suka gambar kualiti cantik. Biasalah, kalau dah kerja asyik nak snap itu ini. Gambar tak cantik tak best jugak.
Thanks to him sebab hadiahkan vivo ni kat saya. Haha! 
Kamera super cantik.



Kamera Vivo V3Max Lebih Best Dan Berbaloi Berbanding Iphone

Then, test tengok kamera vivo memang superb. Kamera belakang 13mp, kamera depan (selfie) 8mp. Ekceli saya ada test juga kamera handphone brand lain. Kamera sama jugak dia punya mp. Tapi bila snap macam buruk. Means, gambar tak sharp lah.
Kalau boleh saya nak handphone kualiti gambar macam dslr. Fuhh
Serius saya memang cari handphone kamera kualiti tinggi. Sebab kalau duk bawak dslr & X100 lecehla dua kamera ni. Berat dah satu hal, pastu nak kena setting lagi (X100). Ye lah, saya ni bukannya fotografer. Takda masa nak adjust benda2 teknikal ni. Serius leceh.

Jadi, kamera Vivo memang kualiti the best. Takda la sharp macam Dslr, tapi gambar dia sharp dan warna cantik berbanding phone jenama lain.

Boleh tengok contoh gambar kat artikel  Kambing Bakar Casa Ombak. (warna gambar original dari Vivo V3Max, non edit. Cuma tambah watermark je )
Paling penting tak payah duk sibuk nak setting kamera macam Dslr or X100 dah. Leceh kan.
Bila ada backlight pulak, korang boleh setting kamera vivo ni guna fungsi HDR. So gambar takkan jadi gelap. Yeay!

Antara fungsi lain:
  • Boleh buat video slow motion (SLOW)
  • Boleh snap guna tapak tangan je (PALM)
  • Boleh rakam apa yang kita buat dalam phone (PPT)
  • Terangkan gambar (HDR)
  • Boleh terus snap dengan letak jari di belakang kamera (TOUCH CAPTURE)
So, tak payahla korang susah payah tangan kanan pegang phone, tangan kiri pulak nak capai button snap. Sebab boleh terus guna 1 tangan je. 

Sensor Jari

Satu lagi masalah setel bila ada fungsi sensor jari. Biasanya kalau nak unlock phone kita kena tekan button kat phone takpun touch screen phone kan?

Tapi bila ada fungsi sensor jari ni, kita guna 1 tangan je. Sentuh belakang kamera, phone automatik buka sendiri.

Paling best hanya jari yang kita dah setting je yang boleh unlock phone. Jari orang lain tak boleh. Hehe.

Saiz sedap pegang

Hah, bab saiz pulak memang ngam2 tangan kecik saya ni. Takda nak terlepas kalau snap, dan tak terlalu besar sampai tangan tak dapat nak pegang phone.

Saiz Vivo V3Max memang best!

3 je kriteria ni yang saya paling nak bila pilih handphone. Fungsi lain saya tak berapa kisah sangat sebenarnya. Hehe.

Korang kalau jenis suka selfie, tangkap gambar bila travel tu. Memang saya rekemen Vivo V3max. Harga 2 kali ganda murah berbanding iPhone.

Kalau rasa nak tau fungsi vivo yang lain, korang tengok full specs kat artikel Beza Vivo V3Max Dan V3

Tengok jugak gambar lain yang saya snap guna Vivo V3Max kat artikel Bazar Ramadhan Seremban.
Kamera Vivo V3Max Lebih Best Dan Berbaloi Berbanding Iphone Kamera Vivo V3Max Lebih Best Dan Berbaloi Berbanding Iphone Reviewed by Dhia Vivadea on 2:57:00 AM Rating: 5

Post AD