Header AD

Bazar Kak Mai Pagoh Jual Lebih 20 Lauk Kampung Sedap

Siput sedut masak lemak
Untuk warga Pagoh, Muar, Parit Sulong, Panchor, Pagoh Jaya, Bukit Pasir dan kawasan berdekatan pagoh. Masa bulan puasa ni, kadang orang bekerja terutamanya wanita tak sempat nak memasak untuk family kat rumah kan?
Lokasi berhadapan greenpoint pagoh
Jadi, biasanya memang bazar lah tempat korang nak beli lauk berbuka. Cuma 1 je masalah, bila korang blur nak cari lauk kampung yang best  dan fresh kat bazar. 

Saya ni bila ke bazar jadi rambang mata. Tak tau nak beli apa. Sudahnya beli makanan yang tak sepatutnya. Biasanya saya akan plan dulu dari rumah nak beli lauk apa. Hehe.

Nak bagitau nih, kalau nak cari lauk kampung yang serius sedap & fresh panas2 lagi, korang terus je ke bazar kat pagoh.

Ada 1 bazar, bazar Kak Mai & Abang Misai. Pehh, dia punya lauk memang menggiurkan. Menu wajib saya kalau ke sini antaranya daging bistik& rendang daging. Memang pekat melekat terasa sampai tekak. Fuhh.

daging bistik penuh rasa rempah sedapp weii

Bazar Kak Mai Pagoh Jual Lebih 20 Lauk Kampung Sedap

Tahun 2016 ni, bazar Kak Mai ada betul2 depan greenpoint pagoh. So apelagi? Serbu! Pastikan datang awal, sebab lauk cepat habis. Sebab dah ada peminat setia tunggu lauk2 Kak Mai. Hehe.

Antara menu yang dimasak fresh setiap hari :
  • Ayam masak merah
  • Rebung masak lemak cili api
  • Asam pedas ikan mayong
  • Asam pedas pari
  • Rendang daging
  • Daging bistik
  • Sayur campur
  • Urap sayur (pegaga/pucuk ubi)
  • Perut cicah air asam
  • Pucuk ubi masak lemak
  • Pajeri nenas
  • Mihun goreng
  • Kue tiaw goreng
  • Terung sambal
  • Tenggiri 
  • Sayur tempe kacang panjang goreng
  • Talapia sambal hijau
  • Paru sambal
  • Ikan caru sumbat kelapa bakar
  • Ayam kari
  • Ayam masak kicap
  • Ikan sambal
  • Siput sedut masak lemak
Fuhh..
Keli masak lemak
Pajeri nenas
Perut cicah air asam
Pucuk ubi masak lemak 
Rebung masak lemak
Siput sedut weiii
Caru sumbat
Sayur goreng 
Daging masak lemak
Keli sambal
Tenggiri masak kicap
Pari asam pedas
Fuhh.. Menu bukan main banyak lagi. So korang boleh je decide awal-awal nak beli lauk apa. boleh jugak booking order kat fb Warung Kak Mai Taman Sri Pagoh.
Bazar Kak Mai Pagoh Jual Lebih 20 Lauk Kampung Sedap Bazar Kak Mai Pagoh Jual Lebih 20 Lauk Kampung Sedap Reviewed by Dhia Vivadea on 12:23:00 AM Rating: 5

Sponsored ads