Tips Dan Cara Nak Jahit Tudung Sendiri DIY Di Rumah 1
Kat Malaysia trend terkini fesyen tudung. Hinggakan kalau boleh semua artis nak jual tudung. Kan? Hehe. Kalau artis jual tudung, saya tukar lah jadi artis. Boleh? Hihi

Saya tahu ramai kat luar sana suka berfesyen dan dalam masa yang sama ada di kalangan anda mungkin mearsakan harga tudung lebih dari kemampuan anda. 

Tapi, kalau anda ada mesin jahit portable dirumah, korang boleh jahit sendiri dah. Tak perlu mesin jahit tepi pun. 

Jahit tepi tudung anda boleh gantikan dengan jahit kelim guna mesin portable tu. Caranya, dengan tukar tapak pada mesin. Mesin Portable ni biasanya ada banyak jenis tapak. Korang boleh beli juga tapak gulung/kelim tu di kedai-kedai jahit.

Tips Dan Cara Nak Jahit Tudung Sendiri DIY Di Rumah

Dan kalau anda belum ada mesin jahit, tak perlu beli mesin jahit biasa + mesin jahit tepi. Cukup sekadar mesin jahit biasa jenis portable sahaja. Dapatla dalam harga seribu lebih.
Sebenarnya dalam artikel ni saya nak kongsikan beberapa jenis pola ringkas untuk rujukan korang. Kalau ada masa nak buat tudung & jimat kos, bolehla try buat sendiri. 

Tapi sebelum tu, skill untuk jahit ni jika dah biasa menjahit, apa jenis kain tak menjadi masalah untuk korang. 

Kalau masih belum mahir lagi, korang cuba baca artikel Beza Kain Chiffon
Jadi, bila beli kain, korang tahu nak pilih kain yang mana satu. Jangan beli sembarangan kalau belum mahir jahit. Nanti membazir kain kalau jahit tak jadi.
Dan cara potong kain pun kena ada skill. Untuk yang baru berdepan dengan kain, kain chiffon adalah kain paling susah dan tricky nak potong. Lagi2 kalau chiffon silk. Pehh, dia punya halus tu boleh buat korang nangis masa nak potong.
Jangan risau kalau belum mahir. Sebab ada tools untuk potong kain tanpa senget benget atau terlajak potong. 
Rasanya tips ringkas ni boleh gunapakai untuk banyak benda. Kan? Hehe. Tapi, macamana nak buat tudung macam kat butik tu? Apa bentuk yang kena potong? Berapa ukuran tepat untuk tudung yang cantik & labuh?
Nah, saya bagi sample pola dari saya yang paling ringkas. Owh ada juga pola lain tu saya ambil dari pinterest. Kredit pada owner gambar. Boleh PM saya ya kalau nak letak link blog gambar korang.

Tips Dan Cara Nak Jahit Tudung Sendiri DIY Di Rumah 2
Tips Dan Cara Nak Jahit Tudung Sendiri DIY Di Rumah 3
Tudung 3 layer Fareeda 
Tips Dan Cara Nak Jahit Tudung Sendiri DIY Di Rumah 4
Pola tudung ada awning
Tips Dan Cara Nak Jahit Tudung Sendiri DIY Di Rumah 5
Pola shawl
Tips Dan Cara Nak Jahit Tudung Sendiri DIY Di Rumah 6
Tips Dan Cara Nak Jahit Tudung Sendiri DIY Di Rumah 7
Pola tudung butterfly 
Tips Dan Cara Nak Jahit Tudung Sendiri DIY Di Rumah 8
Pola innerneck ninja 
Tips Dan Cara Nak Jahit Tudung Sendiri DIY Di Rumah 9
Tips Dan Cara Nak Jahit Tudung Sendiri DIY Di Rumah 10
Pola tudung halfmoon

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *