Header AD

Gaya Neelofa Pola Baju Waterfall Cardigan


Dek terkenan baju cardi yang Neelofa pakai, tetiba saya terinspirasi nak buat 1, guna kain tweed yang beli kat Guangzhao tahun lepas. Hihi. Cuma lepas dah siap tu hasil mungkin takda la sebijik sama. Sebab material pun lain. 

Beza material Tweed ni, bila dah jadi baju, it feels like you're wearing a coat. I mean, material tweed tak se ringan material cotton, etc. Tapi, once you sarung, confidence level memang meningkat sebab rasa perfect!

Dalam gambar saya pakai inner neck vshape vivadea masa photoshoot

Gaya Neelofa Pola Baju Waterfall Cardigan 

Korang nak pola cardi waterfall ala2 Neelofa ni tak? Tapi saya tak bagi ukuran lah, korang boleh adjust ikut ukuran badan masing2. Saya tunjuk pola asas bentuk cardigan waterfall ni cemana gaya untuk imaginasi korang. Then, korang match kan dengan ukuran pola masing-masing ok? 


Rujuk pola cardigan waterfall ala Neelofa di bawah: 

Untuk bahagian belakang baju, ukur dan lakar macam baju biasa.
Waterfall Cardigan ni ada banyak versi. Dan saya punya pola ni adjust ikut kesukaan saya. Nak berapa lebar dan berapa panjang jatuhan kolar baju. Jadi, korang pandai-pandailah adjust sendiri ok? Hehe.


Mungkin lepas ni nak try buat waterfall cardigan guna material cotton atau chiffon crepe . 

Saya buat design ikut mood dan kelapangan masa je ni. Sebab? Sebab bila tak jumpa baju yang kita nak kat kedai, keadaan ni memaksa saya untuk buat sendiri. Hah. Senang. Kan?
Gaya Neelofa Pola Baju Waterfall Cardigan Gaya Neelofa Pola Baju Waterfall Cardigan Reviewed by Dhia Vivadea on 11:41:00 PM Rating: 5

Post AD