Header AD

JDT Lebar Sayap Dengan Produk Perfume

Alhamdulillah, baru berkesempatan menulis lagi di blog ni. Maklumlah, Dhia ni ada banyak blog. Kerja gila lah kan nak buat post kat semua blog. ( Walaupun banyak topik yang dah queu untuk dipublish).

Tapi majoriti artikel saya akan letak di blog Magicalips. Memandangkan di blog itu khas untuk pelbagai niche dan topik. 
Di blog personal ni, kebanyakan akan cerita tentang minat saya pada fesyen, apa saja berkaitan dunia fesyen ( perfume, lense, mekap, etc), kepakaran dalam pemilihan kain, perkongsian ilmu yang saya ada, tentang tempat yang pernah saya travel, etc. Jadi, perfume pilihan tepat & khas untuk niche blog DTA.
Pernah dalam rekod cecah 50k view untuk 1 artikel. Mungkin belum sebanyak blogger yang lain kan. Tapi, bagi saya best dah ni sebab orang akan duk contact kita entah dari mana-mana sampai kita tak terlayan. Tu yang saya suka blog nih. Hehe

Yang kat atas tu mukadimah je. Selit-selit sikit cerita pasal diri sendiri. Tak boleh ke? Hehe

6 Mei lepas, atas jemputan pihak Legacy Perfume, saya dan rakan blogger lain menghadiri majlis perasmian 2 wangian terbaru brand JDT yang dikeluarkan oleh syarikat Legacy Perfume.
Siapakah Legacy Perfume nih? Diasaskan oleh Puan Suhazlinda,  Syarikat Citra Anggun Jaya Marketing Sdn Bhd ditubuhkan khas untuk produk wangian. Dan untuk pertama kalinya, syarikat bernama Legacy Perfume mengeluarkan 2 jenis wangian khas sebagai produk rasmi kelab bola sepak Johor Darul Takzim FC (JDT).
Sebelum majlis perasmian.

Kami bertolak seawal 5 a.m dari seremban, naik train ke Kl Sentral bersama Adzril. Pompam pompam gerak dalam 8 am ke Larkin, JB & sampai tepat jam 12.30 tengahari di sana. Fuhh..entah macamana laju kereta tu terbang agaknya ek?



Selepas makan tengahari, Semasa majlis perasmian.

Sampai saja di stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos Larkin, majlis pelancaran bermula seawal 3 petang dan ada slot sesi soal jawab bersama pihak Legacy Perfume sepanjang majlis berlangsung.
Cuma 1 je, kenapa wartawan tak banyak soalan. Dia macam " krik,krik, krik"
Ufhhh, lupakan saja drama tu. Berbalik bab perfume. Ada 2 jenis wangian jenis EDP yang telahpun dijual iaitu:
  1. Born To Rule For Men
  2. Dangerously Sweet For Women
Wangian EDP bertahan lebih dari 10 jam dan boleh dipakai untuk solat juga (Wangi memang melekat pekat wehh).

Puan Suhazlinda, pengasas dan Cik Akma

Setiap 1 bernilai RM89 dan korang boleh usyar ketat kat web jualan mereka legacyperfume.com . Untuk lebih memudahkan urusan jual beli, korang terus je 

Whatsapp : 012 784 8200

Ataupun follow perkembangan semasa di


Harga berpatutan dengan produk memandangkan ianya boleh dikatakan berjenama ok? Alah perfume Elie Saab, CK, D&G, Britney Spears, etc harga beratus boleh je korang kejar kann? Ini kan pula brand JDT harga RM89. Celah gigi je beli sebotol. Kan? Hehe

Brand bumiputera yang wajib kita sokong. Bila lagi nak sokong produk Malaysia? Lagi-lagi brand JDT.  1 dunia sedia maklum tentang kehebatan JDT. ecehhh. Aura JDT akan pergi ke perfume. Korang sembur perfume, aura kejayaan kemenangan pun akan melekat-lekat je kat korang pulak. Hihi.

Untuk makluman, produk wangian JDT tidak dijual di kedai-kedai. Dan ia hanya akan dijual melalui agen dan stokis yang sah sahaja. Sebab nak jaga nilai eksklusif perfume JDT. 

Jadi, kalau agak-agak nak tambah income buat duit tepi lebih sikit ke, saya sarankan korang apply untuk jadi stokis dan ejen perfume ni cepat-cepat!
JDT kottt?? Ramai fanatik JDT dan diorang sanggup buat apa saja demi JDT. Termasuklah beli perfume banyak-banyak selagi boleh. Eh?? 
Best ke perfume ni?

Owh, saya ada diberi sample perfume untuk wanita. Dan rakan blogger lelaki ada juga mendapat sample kit untuk lelaki. Bau haruman untuk lelaki tu, memang macam bau lelaki lah. Macho man githeww..



Oklah senang cerita cenggini:

Dangerously sweet sangattt for women tu ada bau:
  • Mandarin 
  • Apricot 
  • Frangipani flower (sampai tersasul nak taip nama ni)
  • Honeysuckle (mmm yumyum..macam rasa nak makan pun ada)
  • Orchid
  • Waterlily
  • Sandalwood
  • Musk
  • Vanilla fragrance family
  • Floral
  • Woody musk
Born To Rule gagah bak harimau for men pula gabungan antara:
  • Lemon
  • Bergamot
  • Aromatic Mediterranean Notes
  • Guaiac Wood
  • Tonka Bean
Jadi, untuk peminat perfume yang dah biasa dengan nama-nama haruman tu mesti boleh agak macamana bau perfume ni. 
Selesai majlis perasmian, sebelum bermula perlawanan bola, southern tigers perfume di promosikan dan dihoskan oleh Along Cam & Alif Razali bersama maskot hantu hitam ( sebenarnya aku tak tau nama maskot ni. hihi ) Tomb rider ke apa? Eh Dark Vader lahh. 





Game perlawanan JDT lawan Penang start 9 malam tak silap saya. Awal-awal dah tercongok atas seat tengok game. 90 minit sakit hati sebab asyik tak gol. Ditambah lagi dengan taktik Penang yang sengaja melengahkan masa dan buat-buat sakit kaki.
Eh, dalam hati aku masa tu memang gerrrr...gerammmmm!
Minit ke 90 tu lah seingat saya dapat gol kan jugak. JDT 1- PENANG 0 . Sejurus selepas pemain Penang ni buat wayang sakit kaki atas padang. Rasa macam  besar kecik je mata aku ni tengok dari atas stage.

Dah menang rasa puas hati gila-gila. Habis je perlawanan, team blogger dan team legacy perfume pergi makan lah..

Korang boleh rujuk artikel Meatball Restoran Big Daddy's Family Cafe, JB Kalahkan Meatball Ikea

Nah, koleksi gambar sekitar majlis perasmian & perlawanan Bola antara JDT dan Penang :

















Along Cham sebagai hos promosikan perfume JDT sebelum perlawanan bermula

Sebelah kiri, En Mohd Hilmi selaku Ketua Pengarah Eksekutif Legacy Perfume






Sebahagian team legacy perfume yang humble dan peramah
JDT Lebar Sayap Dengan Produk Perfume JDT Lebar Sayap Dengan Produk Perfume Reviewed by Dhia Vivadea on 4:25:00 PM Rating: 5

Post AD