Apa Eyka Farhana Shakilla Khoriri Buat Dalam Rancangan Lets Duit 2016

Apa Eyka Farhana Shakilla Khoriri Buat Dalam Rancangan Lets Duit 2016 1

18 May 2016, saya dapat jemputan dari pihak Media1080 sebagai blogger jemputan untuk rancangan letsduit 2016. Saya ni jenis sharp on time. Kadang tu, tetiba je sampai sejam setengah awal masa hari kejadian. Haha.

Sebab takut jammed sebenarnya. Nanti lambat, kita taknak orang tunggu kita. Biar kita tunggu orang.

Kecuali kalau pergi shopping lah. Memang orang terpaksa menunggu lama. Paham2 sudah. Hihi.

Apa Eyka Farhana Shakilla Khoriri Buat Dalam Rancangan Lets Duit 2016 2
Dengan hos rancangan letsduit 2016, Razif . Muka iols macam nak cari gaduh kan? Hehe

Berbalik pasal rancangan realiti tv letsduit 2016 ni hah. Serius, i totally no idea on that day rupanya ada 2 orang retiss. Ingatkan shakilla sorang. Rupanya rancangan untuk episod pertama letsduit 2016 ni ada 2 orang peserta dari kalangan selebriti. Shakilla khoriri dan Eyka Farhana.

Nah tengok gambar 360 kitorang. (Abang jepp, Eyka Farhana, Shakilla Khoriri, Saya, Kak Diana

Apa Eyka Farhana Shakilla Khoriri Buat Dalam Rancangan Lets Duit 2016 3
Korang boleh tengok seluruh benda dalam gambar 360. Atas bawah depan belakang. So klik jer gambar ni ok?

Apa Eyka Farhana Shakilla Khoriri Buat Dalam Rancangan Lets Duit 2016 

Masa sampai sana, nampak artis nih, diya blur sikit. Sebab tak kenal. Haha! Boleh tak macam tu weh? Dalam tv lain sikit muka, depan-depan. Eh, apesal cantik sangat. Serius lain muka diorang. Hehe.

Dan kebetulan beberapa hari sebelum shooting, dok layan drama aku isterinya. Sakit hati kat pelakon watak jahat (Shakilla Khoriri lerr, siapa lagi). Tetiba jumpa dia depan-depan. 

Puas ingat dalam cerita apa la pernah nampak dia. Haha! Tak sangka jumpa depan-depan. Dalam drama lain muka dia, depan-depan muka comel kecik molek jek. Pot pet pot pet banyak cakap. Suka tengok gaya Shakilla!

Apa Eyka Farhana Shakilla Khoriri Buat Dalam Rancangan Lets Duit 2016 4

Eyka Farhana pun boleh tahan sweet. Owh lagi satu, akaun twitter eykafarhana baru saja kena hacked. Haih korang tak da kerja lain ea? Nak hacked akaun orang. Tak baik tau. Sebab akaun media sosial mereka pun one of sumber rezeki diorang. 

Hemm, jadi ada apa dengan letsduit ni? Rancangan TV terbaik dan banyak point penting yang selalu kita terlepas pandang. Untuk episod pertama, segmen shopping baju. Adakah mereka beli sebab perlu atau sebab nafsu semata? ( Dah nama perempuan, rasa2 kitorang jadi zombie tak, kalau ada duit kat tangan? Hihi )

Dan saya akan bagi pendapat peribadi saya tentang mana satu adalah keperluan dan kehendak.

Korang jangan nak banding saiz iols dengan diorang dalam tv nanti ok. Iols tak sanggup overshadow diorang. Haha!

Tayangan mungkin bermula Ogos tahun ni. Rancangan realiti tv yang mengajar cara kita belanja, ganda dan belanja semula duit yang anda dah gandakan tu.

Pastikan anda follow perkembangan rancangan ni di instagram letsduit2016 tau.

Gelagat artis dua orang ni memang serius best giler! Korang wajib tonton rancangan letsduit 2016 untuk tengok bagaimana diorang belanja duit dalam tangan, macamana diorang jual barang masing-masing dan part paling best apa yang diorang buat dengan duit yang ada lepas tu. Hehe

Thanks kepada producer, abang Jepp sebab sabar je layan karenah saya, blogger kecik tak berapa nak kecik lah. Haha. Banyak tips dan idea saya dapat belajar dari Abang Jepp.

Nah, akak strawberry payung gambar sekitar penggambaran :

Apa Eyka Farhana Shakilla Khoriri Buat Dalam Rancangan Lets Duit 2016 5
Asst Produser, Kak Cahaya Diana
Apa Eyka Farhana Shakilla Khoriri Buat Dalam Rancangan Lets Duit 2016 6
Producer briefing part 3
Apa Eyka Farhana Shakilla Khoriri Buat Dalam Rancangan Lets Duit 2016 7
Director Briefeng part 2 
Apa Eyka Farhana Shakilla Khoriri Buat Dalam Rancangan Lets Duit 2016 8
Briefing berapa banyakkkkkk. Sebab kita neves + blank tetiba sebelah razif. Haha
Apa Eyka Farhana Shakilla Khoriri Buat Dalam Rancangan Lets Duit 2016 9

Apa Eyka Farhana Shakilla Khoriri Buat Dalam Rancangan Lets Duit 2016 10
Si comel eykafarhana 
Apa Eyka Farhana Shakilla Khoriri Buat Dalam Rancangan Lets Duit 2016 11
Kak D pegang ape tuh
Apa Eyka Farhana Shakilla Khoriri Buat Dalam Rancangan Lets Duit 2016 12
Selfie sat kat set
Apa Eyka Farhana Shakilla Khoriri Buat Dalam Rancangan Lets Duit 2016 13
Shakilla Khoriri ni peramah sangattt.. Suka tengok 
Apa Eyka Farhana Shakilla Khoriri Buat Dalam Rancangan Lets Duit 2016 14
Haa, ni kita sempat selfie dengan Izuue Islam. Eh? bukan ea? hehehe.. Alah nak berangan sekejap pun tak boleh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *