Header AD

Apa Beza Inner VShape Dhia dan Olivia?

Ehem, dah lama post ni tersimpan kemas dalam draft blog. Lepastu tak siap- siap. Harini barulah rajin sikit nak cerita pasal tudung keluaran vivadea. Especially innerneck.

Setiap tahun, koleksi innerneck sentiasa "upgrade" ke bentuk yang lebih kemas dan selesa.

Sekarang vivadea dah stop production untuk design inner neck dhia macam dalam gambar bawah ni ha.

Model menggayakan innerneck dhia
Dan innerneck terbaru diberi nama innerneck olivia.

Apa beza kedua design nih? Kalau dari segi vshape memang sama lah. Cuma body dan ukuran saja berbeza dan lebih best!

Model menggayakan innerneck olivia
Apa beza kedua inner ni:
Beza adalah pada bukaan rahang, diameter awning muka serta bentuk body inner 
Inner Dhia:

  • bentuk inner ni akan melebarkan rahang anda sebab tu lebih sesuai digunapakai yang berwajah sederhana, kecil dan wajah bulat yang berahang kecil.
  • Untuk yang berwajah bulat dan besar boleh juga guna innerneckdhia sebenarnya. Tapi bukan yang rahang besar. Sebab kalau rahang besar, pakai innerdhia akan melebarkan lagi bentuk muka anda.
  • Diameter awning 27 inch. Untuk yang berwajah kecil, awning 27 inch bila dipakai akan melebihi pipi anda. Ikut pada keselesaan anda, awning panjang ni berfungsi untuk membantu mengecilkan lagi bentuk wajah.

Innerneck Olivia:

  • Rekaan paling perfect untuk semua bentuk muka (rahang kecil dan besar)
  • Awning muka bukaan tidak selebar inner dhia. Sebab tu ianya sesuai untuk semua bentuk muka.
  • Diameter untuk keluaran 2016 ada 2 saiz. Untuk inner hitam, kita buat saiz muka kecil sebab kadang yang bermuka terlalu kecil tak sesuai untuk awning saiz standard kami
  • Inner neck berwarna pula bersaiz standard dan kecil sedikit daripada inner dhia sebab kita nak bagi semua bentuk wajah fit dan sesuai dengan saiz baru kami.
Ok, korang dah nampak tak beza kedua rekaan ni? Hehe

Material yang digunakan menggunakan lycra cotton premium yang super aircond & selesa! Nak tengok gambar lain korang follow terus IG, FB dan web vivadea .
Apa Beza Inner VShape Dhia dan Olivia? Apa Beza Inner VShape Dhia dan Olivia? Reviewed by Dhia Vivadea on 12:09:00 PM Rating: 5

Sponsored ads