Header AD

Cara Mudah Ke Sogo Dan Jalan TAR Guna KTM


1st time harini saya join event SBB (Sepetang Bersama Blogger anjuran denaihati). Ok, serius sebenarnya saya tak berapa aktif blogging, sebab sibuk dengan bisnes.  Cuma tahun 2015, saya start serius blogging dan dapatkan side income melalui blog Magicalips

Tahun ni, saya nak fokus pada branding Vivadea. Blogging jadi part time je utk 2016. Kalau tak, tak boleh fokus okeh?? Hihi. Satu2 benda yang saya fokus, akan capai momentum yang superb. Cuma, yelah kudrat ni tak larat buat macam2 benda.

Dan Majlis sepetang bersama blogger of course tak boleh nak lepas cenggitu jerr. Tambah2 ada banyak blogger2 hebat kat situ. Income blogging diorang pun dashyat sangatt.

Disebabkan tahun ni saya kerap ke KL - SEREMBAN - KL menghadiri seminar, fabric hunting, berurusan dengan tailor. Memang betul, bawak kereta tu double penat. Kos anggaran dalam RM40 la kalau naik kereta. Minyak & tol. Dan guna terlalu banyak tenaga.

Jadi, ke majlis SBB 2016 ni, saya decide nak ke KL naik KTM je. 
Walaupun naik KTM tu saya rasa macam berzaman nak sampai. 
KTM agak lambat bergerak. Berbanding yg jenis lain. Apeke nama? LRT ke ERL? Entahle, tak ingat sebab pernah naik sekali je.
Nak dibandingkan dengan China, rasanya China lagi laju. Selang tak sampai 2 minit dah sampai subway diorang. Kos ke mana2 jauh berganda murah. 
Senang sangat lah kalau2 korang yang teringin nak borong tudung/kain/barang2 untuk buat niaga dari Jalan TAR ni. Satu cara jimat tenaga : naik KTM.

Boleh tengok route maps kat laman web KTM ok?

Cara Mudah Ke Sogo Dan Jalan TAR Guna KTM

1. Kalau dari Seremban, beli tiket pergi balik ke Bank Negara. (Perjalanan Seremban -Bank Negara 1jam setengah)

2. Keluar dari KTM Bank Negara, jalan terus je, ikut tanda yang menghala ke SOGO. Dia ada papan tanda. 

3. Then, korang akan keluar betul2 bersebelahan pintu pagar masuk ke bank negara (kanan korang). Depan korang ada jejantas. Follow je laluan jejantas tu dan korang akan menembusi jejantas ke stesen LRT Bandaraya.

4. Akan ada mcm tanda tenaga nasional sebelum jejantas stesen bandaraya tu. So naik tangga ke stesen tu & follow laluan ke kanan. Laluan ke kanan ni terus tembus ke SOGO.

Anggaran berjalan kaki kurang 5 minit

Okeh, ada extra info.

Jalan TAR tu area SOGO tu jer, korang jalan2 la sikit. Nak ke menara Campbell/ Campbell complex pun area situ jugak. Rajin2 bertanya orang disekeliling ok?

Senarai kawasan yang korang boleh cari:

  • Jalan TAR
  • SOGO
  • Menara Campbell
  • Medan Mara
  • Pertama Complex
  • Semua House
  • Banyak lagi
Dulu2 masa mula2 start meniaga, area Semua House, Jalan TAR ni lah tempat saya ambil stok. Kadang travel sorang tempuh jem, angkat barang berat. Mostly dengan husband lah. Hehe. Penat nak angkat barang berat.

Untuk yang mula nak bisnes, try lah borong tudung/kain kat sini. Halah, benda paling senang nak buat ialah jual produk orang, yang mana brand dia dikenali dan banyak permintaan. Especially tudung VShape Vivadea . Hihi. Yang ni, nanti saya kupas. Korang follow update terkini kat IG Vivadea ok? 
Cara Mudah Ke Sogo Dan Jalan TAR Guna KTM Cara Mudah Ke Sogo Dan Jalan TAR Guna KTM Reviewed by Dhia Vivadea on 1:07:00 AM Rating: 5

Sponsored ads