6 Beza Tudung Fareeda Sweet Luv dan Tudung Pasar Malam

Biasanya kat FB memang tiap minggu akan ada topik baru muncul. Minggu ni, isu pasal pembahagian nombor giliran keluaran terbaru tudung Fareeda . Tak silap keluaran terbaru digelarkan dengan nama “sweet luv”.

6 Beza Tudung Fareeda Sweet Luv dan Tudung Pasar Malam 1

Dah lama sebenarnya saya dok perhati brand2 terkenal tudung ni. Hihi. Yang ada brand memang orang akan berpusu2 membeli.

Dan biasanya fbookers akan kecam lah. Lagi2 bila video bersesak, berhimpit sampai ada yang pengsan kat butik Fareeda tu.

Tapi saya ada pandangan berbeza mengenai jenama Fareeda. Kalau korang cakap, ” tudung tu tutup aurat ke?, “tudung Fareeda kat pasar pun boleh dapat, dapat murah lagi, ” dan lain2. Sebenarnya pemikiran macamni terlalu cetek bagi saya.

6 BEZA TUDUNG FAREEDA SWEET LUV DAN TUDUNG PASAR MALAM

Ni pendapat saya:

HEBAT AURA FAREEDA .
Kenapa ramai berasak nak beli? Bersesak? Sebab nak pakai?

ANDA SILAP.Baca sampai habiss..
Jawapan saya.

1. Sebab bila ada nama brand yg kukuh, orang akan beli koleksi brand tersebut. Tambah2 lagi produk limited dan takkan jual lagi lepas dah habis.

Jadi kenapa diorang sanggup mengganas kat butik fareeda?

2. Koleksi boleh dijual balik, mereka dapat untung.

Alah, kat pasar malam berlambak.

3. Ya, memang berlambak. Tapi barang pasar takley jual balik. Takda untung maa.. Antara pasar malam dan brand yang mana jadi pilihan pembeli?

Kat pasar RM10 pun dapat.

4. Ya, tapi kualiti? Boleh tahan melebihi 3 tahun tak? Kain berkualiti yg pernah saya jumpa, pernah juga saya beli. (Bukan brand fareeda) . Kain ni, tak luntur, masih cantik macam barang baru. Tak reput langsung. Ada kain jenis reput ye kawan2.

Jadi?

Mana mungkin orang tolak untuk sentiasa beli produk ni. Permintaan sentiasa ada.

5. Permintaan ada, barang limited, koleksi boleh naik harga. Nampak untung kat situ tak?

6. ORANG MEMBELI JENAMA. HARGA, KUALITI & PRODUK JATUH TEMPAT KE-2

Cuma 1 je sy tak setuju. Cara pemberian no giliran macamtu menakutkan. Bukan apa, risau nanti ada yang tetiba masuk icu. Bila berhimpit boleh bawa pada kematian.

Tu je yang menakutkan. Secara total, Saya kagum dengan aura bisnes jenama fareeda. 

Cuma kelemahan dari segi pengurusan pemberian nombor giliran. Cara marketing sebegini membahayakan nyawa pelanggan.

Sebab saya pernah tengok video di luar Malaysia, orang berhimpit beramai2 hinggakan berapa ratus orang mati sesak nafas. 

Korang peminat tudung Fareeda atau seller produk Fareeda? Siapakah anda? Hihi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *