Header AD

Cara Mudah Potong Kain Tudung Dan Baju Tanpa Gunting Tapi Beralaskan Cutting Mat

Korang kan dah sedia maklum yang saya pernah belajar menjahit kat giatmara sekitar tahun 2013 kan? Ok, dari 2013 sampai 2016 ni ha, saya dah mahir jahit dan potong kain. Berdasarkan pengalaman, kalau korang banyak potong kain untuk buat baju, guna gunting biasa, serius tangan korang akan "cramp" dan "jammed".

Cara Mudah Potong Kain Tudung Dan Baju Tanpa Gunting Tapi Beralaskan Cutting Mat

Jadi apa solution terbaik? Nak potong dalam kuantiti banyak & cepat? Paling penting tangan korang relax?

Cara terbaik untuk potong kain, guna pemotong kain seperti roller cutter. Roller cutter ada banyak jenis. Saya sendiri ada 2 jenis roller cutter. 1 jenis biasa, 1 lagi jenis mesin industri. Tapi sampai sekarang tak pernah guna yang industri punya sebab "scary". Hahah!
Bilah mesin cutter industri besar sangat wehhh
Mesin pemotong industri. See? tak keluar dari kotak. Beli tahun 2013. Hahaha
Biasanya kita guna rotary cutter cenggini je. Brand OLFA 45mm. Best!
Untuk pemotong industri tu besar gila. Sebenarnya ada juga rotary cutter jenis guna elektrik versi kecik comel. Tapi, masa beli yang besar tu, saya tak tau kewujudan jenis kecik. At last, pakai rotary cutter brand olfa pun bolehla. So far potong kain ok ajer.. Senang dan penat pun berkurangan. Kalau tak, hemmp sebelum ni potong kain pakai gunting sampai jammed tangan.

Ni baru potong kain baju weh..Naib baik tudung vivadea tu saya tempah kat tailor persendirian. Takda la penat gila2. Sebab sometimes bila ada masa, saya ada buat design baju untuk dijadikan sample. Design baju ni khas untuk peniaga muslimah.

Cara saya design? Tengok je gambar , dan kemudian buat pola. Just like that. Hihi. Sebab imaginasi saya sangat tinggi dan bersepah2 cam bunga api. hehe..
Betul laa, tak tipu. Kadang otak jammed sebab imaginasi kreatif best camni
Korang nak beli roller cutter? Kalau beli online saya tau ada jual kat lsn dan krafezee je. Kat kedai susah nak jumpa.

Faedah potong kain guna rotary cutter:
  • Jimat masa ( dapat potong kain lebih cepat berbanding gunting )
  • Ukuran pada kain tak lari masa potong kain 
  • kalau yang menjahit, mesti korang tau seksa nak potong kain licin macam satin guna gunting. Kalau tak betul2 mahir, saya gerenti ukuran kain bila potong guna gunting takkan sama dengan kapur yang korang dah ukur atas kain.

  • Kecuali la kalau korang guna pola kertas dan pin atas kain. Tapi cara yang ni akan curi masa dan tenaga korang. Nak lukis pola atas kertas lagi, nak pin atas kain lagi. Boleh imagine tak? )
  • Jimat tenaga ( sebab korang tak perlu guna daya yang banyak macam pakai gunting. Sebab gunting akan guna daya yang kuat kat 3 jari utama korang. Kan? Tu yang buat jammed tau )
Ok, habis cerita pasal rotary cutter. Nak guna pemotong jenis camni, kena beralas dengan cutting mat. Seperti biasa, kebanyakan barang jahit saya beli online je. Sebab malas nak keluar pergi survey kat kedai. Sebab saya tau, samada kedai tak jual, takpun kat kedai jual mahal gila2.

Untuk cutting mat saya tak beli online, beli kat 1 kedai, jual harga murah berbaloi! Sampai 2 keping cutting mat saya angkut bawak balik! Hahaha. Sebab sekeping harga dia tak sampai RM150 pon. Kalau cutting mat A1 kat lsn harga mencecah 200 tak termasuk pos lagi, cutting mat A1 kat krafezee pun sama.

Beza cutting mat brand OLFA dan tiada brand ( yang saya beli ni) :

  • Olfa tebal mat 1.6 mm je, yang saya punya ni 3mm tebal
Kalau korang cari harga yang rendah bawah RM150, boleh tanya terus kat no telefon +6011.16026692 untuk beli ok?

Tema baju raya 2016 songket stail. Alas hijau bawah kain tu cutting mat saiz A1. Manik tu ada jual kat instantbeads vivadea
Cutting mat ni alas jenis getah yang memudahkan proses pemotongan. Korang dapat potong kemas, sama saiz & dalam kuantiti banyak.
Rotary cutter lawannya memang cutting mat
Kelebihan guna cutting mat untuk potong kain?:
  • Sifat jenis self healing, jangan risau kalau ada kesan garis pada cutting mat lepas potong kain sebab dia jenis self healing. Korang gosok2 je, nanti bentuk kembali pada bentuk asal. 
  • Boleh ukur dengan tepat
  • Cepat dan jimat masa bila ada cutting mat
Tak payah nak pikir brand blablabla, sebab yang saya beli ni serius sangat best & berkualiti. Memang betul2 membantu saya potong kain baju.

Ok, saranan saya kalau korang nak beli cutting mat untuk jahit baju, ambil saiz A1. Kalau ada saiz A0 lebih bagus. Tapi jarang ada jual saiz A0. So far, guna saiz A1 pun dah cukup untuk ruang potong baju. Cuma kalau korang nak potong dress jenis terus ke bawah, dress kembang, etc, baik beli 3 keping saiz A1. Senang kerja korang nanti.

Saiz A1 cutting mat = 23.5 inch X 35.5 inch

Ok, dah dapat solution dah? Best gila kannnn? Hehe, korang dah start jahit baju raya ke belum ni weh? ( Eh terover pulak. haha )

Baca Juga Pola Percuma Asas Buat Baju


Hemm, angle cenggini baru nampak kurus sikit pipi nih..aihh..hahha
Cara Mudah Potong Kain Tudung Dan Baju Tanpa Gunting Tapi Beralaskan Cutting Mat Cara Mudah Potong Kain Tudung Dan Baju Tanpa Gunting Tapi Beralaskan Cutting Mat Reviewed by Dhia Vivadea on 8:04:00 PM Rating: 5

Post AD