Hello all!

Kebelakangan ni saya seriusly terkenan nak berbawal jer tau. Biasanya saya pakai tudung bawal kain crepe. Beli pun kat ekspo midvalley masa tu. RM8 sehelai. Cantik memang cantik tapi tak selesa pakai sebab tudung asyik melorot ke depan. Gambar bawah ni bawal cotton voile by tudung ruffle. Jangan tersilap tengok oke?
Tanpa Innerneck, Tudung Bawal Ruffle Tak Gelembung Bila Dipakai 1

Untuk bawal crepe RM8 tu, saya pakai untuk sesaja and jenis pakai buang je. Maksudnya bersesuaian dengan harga, kualiti pun tak berapa best sebenarnya. Kain agak panas kalau korang duk berjalan bawah matahari, or buat kerja apa2. Sebab material crepe kat pasaran harga camni tak serap peluh.

Contoh bawal crepe RM8 macam gambar bawah tudung kuning ni haa


Tanpa Innerneck, Tudung Bawal Ruffle Tak Gelembung Bila Dipakai 2
Diorang (trend sekarang) gelarkan crepe. Tapi saya rasa bukan jenis crepe. Crepe yang sebenar bila korang pakai, akan rasa macam ada aircond dalam tudung ok? Dia punya selesa tu gambarannya camtu. Tak panas walaupun duk bawah panas terik.
Sampailah bila tudung ruffle keluarkan bawal hybrid ( awning korean cotton voile kot, body tudung guna chiffon georgette ). Saya rasa teruja nak cuba! Sebab owner tudung ruffle cantik sangat. Hihi.
Honestly, at first saya agak terkejut bila dapat parcel:
  • Sebab kotak tudung cantik
  • Ada postcard comel dalamnya
  • Material chiffon rupanya jenis chiffon georgette, tapi tengok details diorang kata premium heavy chiffon ( sebenarnya saya benci material georgette ni. Hihi. Nanti saya bagitau kenapa)
Masa mula2 dapat, my 1st impression, saya rasa dihargai bila dapat parcel cantik & ada kad dalamnya. 
Dan mulalah sesi untuk pakai bawal ruffle ni.
Material bawal ni agak jarang (bukan bawal ruffle je, tapi almost semua penjual bawal yg guna kain cotton voile, kain mereka jarang walaupun dah lapis 2). Malah, kalau korang pakai camtu saja akan nampak rambut kat dalam. 

Tanpa Innerneck, Tudung Bawal Ruffle Tak Gelembung Bila Dipakai

Jadi, saya pun dengan rasa confident, pakai innerneckdhia vshape kemudian matchkan dengan bawal ruffle. Jadi problem rambut tak jadi masalah. Tak terkeluar2 dari tudung, etc. Cuma 1 saja masalah yang timbul:
Nak buat awning muncung susah. material cotton voile akan jadi gelembung2. Sudahnya saya kebelakangkan sikit tudung bawal. So, nampak la kemas sikit kan??Hehe
Tanpa Innerneck, Tudung Bawal Ruffle Tak Gelembung Bila Dipakai 3
Cantikk warna bawal ruffle hybrid ni wehh..
Next day, saya try pakai bawal macamtu saja tanpa inner kat dalam. Kelebihannya camni is korang boleh buat awning muncung! Yeah! Tak gelembung pun. 
Cuma masalah lain yg timbul bila mana rambut korang panjang macam Aisywarya Rai, korang nak sorok rambut tu macamana? Buat sanggul? Mesti terlorot getah nanti. Haha. Tapi ni bukanlah masalah utama. 
Masalah utama bila pakai tudung bawal guna cotton voile ialah, nampak rambut kat dalam sebab materialnya jarang. 
Jadi ada pro dan con berbawal kain cotton voile ni.
Overall, saya suka awning bawal ruffle sebab tanpa inner, tudung tak menggelembung dan tudung takda nak melorot ke depan je. (Kalau material crepe RM8 tu, bila pakai tudung akan melorot ke depan je, hihi)
Ok, nak tau kenapa saya benci material chiffon georgette? Err saya tak taula taste korang camne. Tapi bagi saya, chiffon georgette ni:
  • panas
  • Flow tak jatuh cantik
Cuma bezanya, chiffon georgette tudung ruffle ni lembut sikit berbanding georgette biasa. Flowy jugak tapi tak sehebat flowy chiffon crepe. Chiffon crepe kain berat. Bila berat, kain jatuh terletak cantik. Takda la berat sampai korang rasa bawak bakul atas kepala. Ni kategori berat yang sampaikan korang tak rasa yang sebenarnya korang tengah pakai tudung. 
Mungkin korang boleh cuba baca tentang chiffon crepe kat artikel Perbezaan Chiffon Crepe dan Chiffon Biasa 

Owh korang nak belajar camna nak pakai bawalruffle maroon dalam gambar kat atas tu? Tengok video bawah ni. Saya set kan sekali jugak teknik mekap untuk panduan korang. Boleh baca artikel penuh kat artikel Cara Bentuk Kening & Smokey Eye Guna Eyeshadow Yang Sama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *