Header AD

Tudung Awning VShape Lebih Mudah Berbanding Awning Bawal


Macam yang korang dah tau, saya sendiri menjual dan menghasilkan rekaan tudung kesemuanya (signature label ) menggunakan awning V-Shape. Kan? Hehe. Saya start buat design ni tahun 2012. Cuma baru-baru ni saja, mumuscarves start produce awning lebih kurang cam vivadea berkonsepkan instantshawl. ( Lebih kurang, bentuk awning v shape tapi ukuran berbeza. Dua2 best..Hehe )
Eh, vivadea pun ada instantshawl yang siap awning vshape tau. Korang jangan tak tau pulak ea..Hihi
Rasanya mumuscarves belum "launch" produk valerie aka instantshawl awning v tu lagi. But for me, it's ok. Takda salahnya sekiranya MumuScarves nak jual design konsep vshape cam Vivadea pun. Tak sama rupa walaupun konsep sama tau. Hihi.. ( Annas ada specialty dia, saya pun ada specialty tersendiri )

Cuma mungkin masa awal2 saya agak terasa sikitla kot. Well, vivadea belum lagi taraf brand besar cam diorang. Jadi, ada rasa down sikit. Walaupun produk Vivadea Beelady dan Beeshine semua dah SOLD OUT.   Alhamdulillah..
Progress vivadea belum sepantas brand besar. Sebab saya sendiri buntu nak start bina brand macamana. But, after all ni perjalanan yang bukan disengajakan. Tapi memang ada plan dari alam untuk hidup saya.
Duluu..Pernah saya terfikir nak patentkan design. Tapiii..Apa yang buat saya berubah fikiran?

Semua manusia tu sama. Kalau kita punya fikiran bahagian kreatif, so idea kita akan link dengan fikiran orang lain. Idea tu bukan milik kita. Tapi milik alam..Jadi, kenapa kita nak guna sistem kapitalis yang perlukan bayaran untuk sistem patent design? Melainkan kita takut pada persaingan.
Rezeki tak pernah salah alamat- nasihat suami pada saya 
Cuma menjadi keraguan bila saya ada sikit rasa dalam hati yang risaukan orang lain patentkan design, dan kemudian saya pulak tak dapat jual design sendiri. Kalau orang lain tiru and buat design yang sama saya tak kisah. Cuma tang ni je lah.. Tapi, lepas fikir paling dalammm sekali.. Hayat kita ni singkat kat dunia.

Jadi kenapa nak takut & risau? Sedangkan tujuan hidup kita bukan untuk rasa takut pada persaingan. Kan? So, nampak tak? Senang kan untuk menjadi ceria semula? Hihi..

Tudung Awning VShape Lebih Mudah Berbanding Awning Bawal

Untuk yang masih belum pernah pakai apa2 tudung awning v. Ada banyak benda best kalau korang pakai innerneck vshape atau instantshawl awning v ni wehh..

  1. Tak perlu nak iron tudung lagi2 bahagian awning. 
Beza dengan bawal, kita kena iron sebab kalau tak nanti komot2 la awning tudung bawal kan?
      2. Sarung je terus kurus
 Awning v dan awning bawal fungsi sama je. Buat muka korang nampak lebih kurus
      3.  Selesa dan serap peluh 100%
Awning V shape ni lebih selesa berbanding awning biasa. Sebab kalau saya sendiri pakai tudung awning bulat, selalu sangat tudung akan ke depan jer. Tapi VShape ni bantu tudung kekal kat atas muka
Ni design instantshawl beelady vivadea tapi dah sold out semuanya. Alhamdulillah
A photo posted by TUDUNG PALING SELESA NO 1 (@vivadea) on 
Design beelady vivadea. Dah SOLD OUT! Nanti kita buat warna baru. ^_^
Keluaran terbaru mumuscarves. Cantik kan?? Heheh
Ni design beeshine vivadea Sekarang tengah promosi penghabisan stok RM60 jerr..Whatsapp 01116026692 untuk order.
Untuk makluman korang, dari 2012 saya dah start kaji bentuk muka pemakai awning VShape Vivadea. Dan kalau salah ukuran, muka korang akan nampak pendek. Ataupun tak menutup pun pipi tembam. Design VShape ni perlu ketelitian & ukuran yang tepat. So bila pakai boleh adjust bentuk muka korang tau.

Nak tengok lagi design lain? Klik instagram vivadea ok?


Tudung Awning VShape Lebih Mudah Berbanding Awning Bawal Tudung Awning VShape Lebih Mudah Berbanding Awning Bawal Reviewed by Dhia Vivadea on 10:39:00 PM Rating: 5

Post AD