Header AD

Cara Tentukan Ukuran Jika Beli Baju Bella Ammara

Fenomena Bella Ammara makin lama macam makin besar besar dan besar wehh..hihih.. Sampaikan saya yang jarang beli baju online ni, tetiba terpengaruh untuk beli baju dari BA.



Saya terkenan dengan blaus tweed structured yang bahu ke atas tu. Alang2 dah ada harga promosi RM89, apalagi.. Rembatlah weh... Servis penghantaran pun sangat pantas. 

Cuma aku nak "highlightkan" kat sini tentang ukuran baju Bella Ammara.

Cara Tentukan Ukuran Jika Beli Baju Bella Ammara

Disebabkan saya tahu serba sedikit tentang menjahit dan ukuran baju.. Nak memilih baju online, ukuran tersangat penting untuk kita ambil tahu. Dan nyaris2 nak beli saiz S hanya disebabkan bahu saiz S Bella Ammara ngam pada bahu saya.
Bahu aku saiz M sama dengan bahu Bella Ammara saiz S
Kalau saiz bahu lebih, baju korang akan nampak pelik. Bila pakai korang akan rasa besar baju tu. Sebab tu ukuran bahu sangat penting. Tapi faktor lain yang penting dan perlu anda kisah ialah kelonggaran pada bahagian bawah baju. Peha saya kan jenis drumstick.
Eh? Terang2 je aku ngaku. Haha! 
Jadi, disebabkan kelonggaran baju saiz S tak ngam dengan saiz saya, maka saya pilih baju Bella Ammara saiz M. Dalam fikiran, bahu terlebih boleh adjust. Kalau tang bawah terkurang? Tak ke nangis lepastu? Biar besar jangan kecik.
Nasib baik aku pilih saiz ikut lebar bawah baju weh...
Jadi baju blaus tweed structured yang saya beli tu serius boleh nampak kurus! Hehe.. Cuma kekurangan adalah pada cutting lengan yang agak sempit. Jadi masalah bila nak buka baju tu. Saya belek2 baju, kenapa sempit? Sebab dah makin besar ke apa ni kan.. 

So, tunggu lah ada masa saya nak kaji. Takkanlah  dada besar sangat weh? haha! Oppss..
Cara Tentukan Ukuran Jika Beli Baju Bella Ammara Cara Tentukan Ukuran Jika Beli Baju Bella Ammara Reviewed by Dhia Vivadea on 9:45:00 PM Rating: 5

Post AD