Sambungan daripada 3 Cara Pantas Terangkan Warna Gambar

Ok, setelah sekian lama, harini ada terlebih masa nak share dengan korang cara untuk edit warna pakaian atau tudung atau muka atau apa sahaja lah kat gambar anda. Asalkan ianya berwarna. Senang jer nak edit guna photoshop. Dan saya sekarang ni guna photoshop jenis CS6. So far, sangat mudah dan cepat siap. 

Cara Mudah Tukar Warna Pakaian Guna Photoshop CS6

Saya terbiasa dengan editing simple ni sebab yelah, saya kan penjual tudung online. Jadi untuk edit yang jimat kos, saya belajar semuanya sendiri dan juga dengan sedikit tunjuk ajar dari suami. Selebihnya memandai2 je weh..Haha!
Masa permulaan niaga kat vivadea dulu, perkara 1st penting saya akan jadi cerewet tahan gaban ialah warna. Serius saya sangat strict tentang warna. Bukan pada warna malah pada semua benda. Phewww…
Orang cakap perfectionist. Yaa, i know tak berapa bagus untuk terlalu menjadi perfectionist ni…Dan sekarang ni cuba untuk pudarkan sikit2 sikap cenggitu.. Kalau tak..Hemm…paham2 jelah kalau orang cerewet ni cemana gaya. Kannn? hehehe..

Tapi sebab sikap “perfectionist” ni la buat aku jumpa cara nak edit warna dalam gambar. Yeah! 

Ok, jom mula:

Cara Mudah Tukar Warna Pakaian Guna Photoshop CS6 1
Untuk ubah warna, ikut arahan di atas akan keluar 1 box di sebelah kanan gambar.
Cara Mudah Tukar Warna Pakaian Guna Photoshop CS6 2
Dah keluar box, adjust warna ikut suka. Korang godek2 di area box tu Dalam masa yang sama, masa korang tengah adjust kat box, akan auto nampak pada gambar jugak. Kalau takda, sila pastikan tick box preview tu.
Cara Mudah Tukar Warna Pakaian Guna Photoshop CS6 3
Kadang2, bila korang adjust warna pakaian, dengan muka2 sekali akan ikut ubah color. So, yang ni kena tukar. Caranya korang click ikut anak panah merah tu.Then halakan dan tekan mouse korang pada seluruh kawasan muka. Nanti akan keluar garis putus2
Cara Mudah Tukar Warna Pakaian Guna Photoshop CS6 4
Buat semula cara macam kat atas tadi. Korang adjust hingga muka tu warna dia tak macam alien. Agak2 cerah cantik tu click OK
Cara Mudah Tukar Warna Pakaian Guna Photoshop CS6 5
See? Nampak beza tak. Banyak2 godek cara ni ok? Adjust sampai warna anda kelihatan natural dan semulajadi cantik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *