Header AD

Apa Beza Gaya dan Fungsi Instant Shawl, Tudung Bawal dan Tudung Fareeda

Saya ingat lagi masa tahun 2009, sangat kurang orang yang tahu atau sedar tentang potensi berniaga online. Termasuklah saya. Hihi. Tahun tu, serius cakap saya tak tahu satu habuk pun tentang bisnes online. Dalam hati memang ada terdetik meronta nak jadi jutawan macam Irfan Khairi. 



Tapi masa tu, bukan senang nak korek ilmu dan dapatkan ilmu tentang bisnes online. Hingga lah saya jumpa suami saya, baru lah saya tahu tentang internet ni. Itupun tahun pertama bisnes online, saya tak yakin langsung. Malah saya rasa macam..

Isy, menda jual online ni..bukan ada orang tau pun, sales pun takda. Baik aku bukak booth je. Ada sales...

Ok, itu masa tahun pertama lah.. Tapi, tengok sekarang? Dalam tak sampai 10 tahun, bisnes online jadi keperluan yang sangat penting. 

Hemm..

Sebenarnya nak cerita tentang tudung, tapi saje je mengarut awal2..hehe..

Ok, seperti yang korang tau, tudung bawal sentiasa menjadi trend evergreen wanita berhijab kan? Tapi sekarang ni instant shawl mengambil alih. Bukan ambil alih, dia macam kedudukan dah setaraf tudung bawal. Carian instant shawl dan bawal sama tinggi. 

1st tudung bawal, kemudian trend tudung sarung macam fareeda jadi trend , tapi sekarang rasanya lebih ramai memilih instant shawl. Apa beza ketiga trend besar ni?

Ini pendapat saya:


  • Tudung bawal buat anda nampak muda remaja, tak banyak dekorasi & mudah sarung, pin , siap!



  • Tudung sarung Fareeda pula buat anda nampak matang, bergaya, official & lebih banyak dekorasinya, sarung saja dah siap.



  • Instant Shawl pula lebih menarik bunyi dan fungsinya. Pakai instant shawl buat anda nampak muda , bergaya, banyak dekorasi stail, mudah disarung, siap! 
Tinggal anda je lah nak pilih.

Saya lebih suka instant shawl & bawal sebab nampak lebih muda. Kalau tudung sarung buat saya nampak tua dari usia sebenar. hahaha..

Owh, bulan november ni saya nak keluarkan instant shawl 2 fungsi. Ada fungsi macam bawal jugak tau. Versi instant shawl lah. Eeee..bestnya!! Excited sebab bila pakai nampak sangat cantik! Plus muka saya nampak kurus. Tehehe



Apa Beza Gaya dan Fungsi Instant Shawl, Tudung Bawal dan Tudung Fareeda Apa Beza Gaya dan Fungsi Instant Shawl, Tudung Bawal dan Tudung Fareeda Reviewed by Dhia Vivadea on 1:02:00 PM Rating: 5

Post AD