Header AD

Jenis Span Bahu/Shoulder Pad Baju Wanita

Ada banyak jenis span bahu wanita atau lebih dikenali dengan nama shoulder pad. Dan trend terkini, yang saya minat gila ialah menggunakan span bahu zaman 80 an.  Terasa macam ala-ala cinderella ok? Haha!


Sebenarnya kan, saya jenuh mencari maklumat tentang span bahu ni. Keyword yang saya cuba cari dalam google, tak jumpa-jumpa. Sebab saya bukan pelajar fesyen, apalagi pereka fesyen. Jadi, istilah-istilah fesyen bagai ni kena cari sendiri. Tak didedahkan kat mana-mana. Kena belajar sendiri, blablabla..

Dan last-last dapat jugak weh... Ada beberapa jenis span bahu yang cantik! Ke korang pun blur jugak, apa yang saya cakapkan sekarang nih?? Haha! Kenapa pulak saya sibuk-sibuk nak mencari? Well, ni lah namanya belajar sendiri. Walaupun pergerakan agak lambat sebab tidak disuap teori sedia ada melalui universiti, at least, i try. Kann? Hehe.

Baca Juga Tips Mencari Template Blog Yang Bagus Dan Responsif. Trafik Meningkat 4 Kali Ganda

Ok, kalau untuk span bahu yang biasanya digunakan tukang jahit, korang boleh beli di mana-mana kedai bunga/manik. Dan dibezakan mengikut ketebalan. Biasanya saya guna ketebalan 1/2 inci sahaja untuk bahu biasa. Ada saiz 1 inch tebal pun ok, cuma terpulanglah ikut selera masing-masing.

Tapi, antara span yang memang sukar jumpa kat kedai : (ini keyword yang korang boleh cuba search di google)

1. Dolman Style Shoulder Pad
2. Raglan Shoulder Pad
3. Moulded Wadded Shoulder Pad
4. Rounded Shoulder Pad
5. Wedge Style Shoulder Pad
6. Selebihnya tengok kat link ni SPAN BAHU. Ada banyak jenis.

Saya ada nampak teknik-teknik untuk custom span bahu. Tapi, belum kaji lagi. Hehe. Owh, kalau korang tahu kat mana ada jual span bahu pelik-pelik, komen di bawah ye. Sebab saya nak beli! Hihi

Contoh:

Raglan shoulder pad
Pointed shoulder pad / Raglan shoulder pad 
Etsy.com
korean jacket
Ni namanya nenek bongkok tiga.haha
Jenis Span Bahu/Shoulder Pad Baju Wanita Jenis Span Bahu/Shoulder Pad Baju Wanita Reviewed by Dhia Vivadea on 12:10:00 AM Rating: 5

Sponsored ads