Header AD

Berapa Meter Kain Untuk Fesyen Skirt Ala-Ala Dian Pelangi

Minggu lepas baru je siapkan 1 skirt "flowy" & ala-ala Cinderella/ Dian Pelangi. Ye, paveret saya memang Dian Pelangi, sebab semuanya penuh warna warni. Dian pun tiap kali menggayakan apa-apa baju, dia sentiasa nampak yakin & selamba. Tang warna- warni tu paling saya suka! 

dian pelangi

Ok, sebenarnya saya dah cuba buat macam-macam skirt dengan teknik berbeza. Lerang 45 , lerang 60, potong kain serong, potong kain selari, 2 meter kain, 4 meter kain. Dan Yess! Paling best ialah 4 meter kain! 

Sebenarnya bergantung kat jenis fesyen apa korang nak. Baru boleh tentukan berapa meter diperlukan. Macam saya, saya suka kain pattern ala Cinderella. Bila pusing nampak cantik, bila jalan pun nampak flowy. Ok , saya catatkan serba sedikit kajian saya ye.
Saya bukan budak fesyen, semua saya belajar sendiri dan kaji sendiri, jadi mungkin cara saya berbeza dengan anda. Hehe
Saya pernah try buat:

1- Dress di mana bahagian kain 2 meter bidang 45', cara potong kain selari, ada lipatan berganda di depan dan belakang = Bentuk kain tak nampak kembang anggaran kembang dalam 15 darjah sahaja, tapi bila pusing kembang la jugak, cuma pattern macamni sesuai untuk nampak macam stail baju jubah lurus. Hasilnya macam gambar bawah ni.

teknik skirt dhia vivadea 1
dhia vivadea
2- Kain 2 meter 1/2, bidang 45, potong kain selari dan gabungkan 4 keping untuk jadi 1 kain = hasilnya kain jadi kembang macam baju pink saya pakai di bawah ni.

dhia vivadea
3-  Kain 2 Meter, potong kain selari, Ada lipatan/pleat dan jahitan di dalam lipatan. Pattern ni guna kain cotton dan tidak kembang. Tengok gambar bawah.

teknik skirt dhia vivadea 3
dhia vivadea
4- Kain 4 meter, potong serong, bidang 45. Yang ni saya gabung 4 kain dan ada jahitan di bahagian dalam. Pattern yang ni pulak lebih kurang teknik macam pattern ke-3 cuma cara potong kain dan panjang kain yang berbeza. Owh, sebenarnya 2 meter setengah dah cukup untuk buat kain kembang cuma tak banyak lekuk-lekuk je lah. Hehe.
Ok, kalini, memang rasa sangat-sangat best. Sebab bila jalan tu. Peh, Flowy die tak payah cakaplah. Korang rasa nak tengok kain korang sambil jalan tak tengok depan. Apalagi kalau pusing. Terus rasa macam Cinderella jadian. Bila angkat sikit, dah boleh jadi Dian Pelangi pulak lepastu. Haha! (macam gambar paling atas tu ha)
Tengok video bawah ni.




Berapa Meter Kain Untuk Fesyen Skirt Ala-Ala Dian Pelangi Berapa Meter Kain Untuk Fesyen Skirt Ala-Ala Dian Pelangi Reviewed by Dhia Vivadea on 1:05:00 AM Rating: 5

Post AD