Header AD

Tips Mencari Template Blog Yang Bagus Dan Responsif. Trafik Meningkat 4 Kali Ganda

Ada 1 blog rujukan yang saya suka gila. Dah macam buku online untuk blogger. Blog Hasrulhassan.com,  memang tempat yang saya belum habis kaji lagi untuk tahu mengenai blog, seo, etc. Ok, ni pendahuluan sesaja je untuk bagi klu kat korang yang nak mulakan aktiviti blog masing-masing.

Baru-baru ni, lepas tukar template diyatheauthor, seperti biasa saya malas dah nak buat research secara rambang, mencari template blog yang cantik. Apa yang menjadi keutamaan ialah speed template tu sendiri.
Jadi tips untuk cari template yang best ialah:

1. Fast loading ( copy url  link template dan paste di http://tools.pingdom.com untuk tengok speed blog korang. Sebelum ni saya pakai template basic blogspot sebab dalam fikiran " takkan la paling basic pun lambat kan? Tapi rupa-rupanya loading ketika tu 3.9++ Mb. Peh..  Jadi, ni perkara pertama untuk diberi perhatian semasa memilih template.
Kesan apabila blog anda lambat load? Pembaca akan pangkah terus browser dan tinggalkan blog anda macamtu sahaja.
2. Mesra adsense ( pastikan template ada ruang strategik untuk letak adsense)

3. Guna template berbayar ( senang kerja & lebih responsif berbanding template free ) Tak mahal pun, harga bawah 10 usd.

Cara Setting Metatag Untuk Blog Anda. Katanya Penting Untuk SEO Blog

Itu antara 3 perkara penting semasa nak memilih template sahaja. Dah setel pilih, ada banyak lagi kerja kena setting dalam blog anda. Tujuannya untuk SEO, trafik, etc. (nak cerita belum pandai sangat.haha )

1. Daftar webmaster tools untuk indexkan setiap post anda. Cara untuk index, korang boleh goggle je, nak cerita panjang sangatlah.heheh. 
Salah 1 tujuan index adalah untuk hakmilik post anda. sebab saya punya artikel selalu dicopy blogger peniru. So, bila dah index boleh la lega. Means, artikel tu pada carian google adalah milik saya. If orang copy pun, kira diorang adalah plagiat tegar blog saya. Biasanya blog saya yang lagi 1 selalu kena copy bulat2. Penat je kitorang cari idea dan gambar
2. Daftar google analytic untuk melihat trafik sebenar blog, pastikan anda masukkan code html google analytic dalam layout blog ( macam-macam boleh tahu dari sini, malah boleh detect pembaca menggunakan handphone jenis apa. Hahah! ) 
Sebelum ni guna whoamongus untuk tengok trafik pembaca online hari-hari. Tapi untuk makluman, bacaan guna tools ni tak tepat dan jauh lari dari trafik sebenar. Tambahan lagi, whoamongus ni hanya menambah berat pada page anda & melambatkan loading/speed blog anda.
3. Setting metatag blog salah 1 cara seo ( nak tahu % metatag anda boleh ke metachecker & boleh tahu apa yang masih tak complete ) Untuk metatag anda kena :

1. Template --> Edit Html --> ubah description ada tambah coding juga sebenarnya ( boleh search di google )
2. Layout --> letak blog description pada header layout anda
3. Setting --> basic -->  isi bahagian description 

Lepas dah setting baik punya, korang bolehla cek kat metachecker semula ya. Owh saya punya ada 1 je tak lengkap dalam metachecker tu.Pasal robot.txt ape benda ntah tu. Hahahah!  Tapi overall, lepas setting semua yang saya tulis dalam ni, trafik meningkat 4 kali ganda. Trafik organic daripada google.
Sebenarnya banyak lagi kerja nak buat untuk upgrade blog ni. 
Ok, ni antara kerja2 penambahbaikan untuk blog personal yang saya dah buat. Untuk rujukan saya dan juga anda. Saya catat yang penting-penting. Step-step kena rujuk google. InshaAllah ada masa saya akan catatkan juga step tu nanti..Ala, korang rujuk kat blog Hasrulhassan pun dah cukup. Banyak info best dalam tu.
Penting untuk anda upgrade kualiti blog sebab itulah yang akan menarik trafik pembaca (kalau untuk bisnes, menarik customer serata tempat tanpa perlu marketing hari-hari )
Tips Mencari Template Blog Yang Bagus Dan Responsif. Trafik Meningkat 4 Kali Ganda Tips Mencari Template Blog Yang Bagus Dan Responsif. Trafik Meningkat 4 Kali Ganda Reviewed by Dhia Vivadea on 3:34:00 PM Rating: 5

Post AD